Jangan terkejut! Beg tangan termahal di dunia bukan Hermes Birkin, tapi Mouwad - Mode | mStar

Jangan terkejut! Beg tangan termahal di dunia bukan Hermes Birkin, tapi Mouwad

Mouwad 1001 Nights Diamond Purse bernilai RM15.7 juta.

BEG tangan apakah yang paling mahal pada tahun 2019?

Jangan terkejut kerana ia bukan Hermes, tetapi Mouwad 1001 Nights Diamond Purse yang bernilai 3.8 juta dolar Amerika ($) (RM15.7 juta).

Bagaimanapun, laman web Finances Online mendedahkan bahawa Hermes tetap mendominasikan senarai beg tangan paling mahal di dunia.

Berikut adalah nama beg tangan termahal 2019 berserta harganya.

10. Blue Crocodile Hermes Birkin - $150,000 (RM619,880)

Kisah di sebalik beg Hermes Birkin agak biasa dan bermula selepas barangan pelakon wanita Inggeris Jane Birkin terjatuh disebabkan beg tangannya ketika itu rosak.

Ketua Eksekutif Hermes, Jean-Louis Dumas yang berada bersamanya ketika itu mendapat idea untuk mereka bentuk sebuah beg yang unik, bergaya dan teguh bagi memudahkan kesukaran yang dihadapi golongan wanita.

Sejak itu, Hermes Birkin menjadi antara beg tangan berjenama mewah yang digilai jutaan orang.

9. Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile - $ 203,150 (RM839,517)

Nama rasmi beg ini Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag dengan emas putih 18 karat dan perkakasan berlian sudah menjelaskan mengapa ia menjadi antara beg tangan termahal yang pernah disaksikan oleh manusia.

8. Fuchsia Diamond-Studded Hermes Birkin – $222,000 (RM917,420)


7. Chanel “Diamond Forever” – $261,000 (RM1.07 juta)

Beg tangan ini diperbuat daripada kulit buaya yang bertatahkan 334 berlian yang beratnya 3.56 karat dalam emas putih. Talinya pula diperbuat daripada rantai emas 18 karat.

Faktor lain yang menjadikan beg tangan ini mahal adalah jumlahnya yang terhad dan terdapat hanya 13 buah di dunia.

6. Niloticus Crocodile Himalaya Birkin – $379,000 (RM1.5 juta)


5. Lana Marks Cleopatra Clutch – $400,000 (RM1.6 juta)


4. Hermes Chaine’d Ancre - $1.4 juta (RM5.8 juta)

Rekaan ala penjara ini bertatahkan 1,1160 berlian dan harganya mahal kerana hanya terdapat tiga unit di dunia.

3. Hermes Birkin by Ginza Tanaka – $1.4 Million (RM5.8 juta)


2. Hermes Kelly Rose Gold – $2 juta (RM8.2 juta)


1. 1. Mouawad 1001 Nights Diamond Purse – $3.8 juta (RM15.7 juta)

Mouawad 1001 Nights Diamond Purse masih menjadi tas tangan termahal di seluruh dunia dengan rekodnya tidak berjaya dipintas dalam Guinness Books of World Records sejak tahun 2011.

Beg tangan berbentuk hati itu diperbuat daripada emas 18 karat yang mengambil masa selama 8,800 jam untuk disiapkan oleh pereka-perekanya.

Beg tangan itu juga bertatahkan 4,517 berlian yang terdiri daripada 105 berlian kuning, 56 berlian merah jambu, dan 4,356 berlian tidak berwarna.

Artikel Sebelum

Artikel Lain