suria

Wow! Cukup beli sekali sahaja, kasut sukan ini tahan sepanjang zaman

Futurcraft Loop hanya menggunakan satu jenis bahan iaitu poliuretana termoplastik. - Instagram @adidas

BEBERAPA tahun lalu, kasut yang boleh dikitar semula mungkin tidak dijangkakan akan berlaku dalam dunia fesyen.

Tetapi Adidas berjaya menghasilkan kasut sukan kitar semula yang pertama dan mempunyai jangka hayat sepanjang zaman untuk musim bunga 2021.

Model kasut Futurecraft Loop diperbuat 100 peratus daripada bahan yang boleh dikitar semula.

Adidas bekerjasama dengan Parley for the Oceans untuk menghasilkan kasut sukan daripada gumpalan benang bulu dan filamen (daripada sisa plastik lautan).

"Apa yang berlaku kepada kasut anda selepas anda memakainya sehingga tidak lagi boleh digunakan?

"Anda membuangnya. Tempat pembuangan sampah dipenuhi dengan karbon berlebihan, atau lautan yang penuh dengan sisa plastik.

"Langkah seterusnya adalah untuk menamatkan konsep 'sisa' ini sepenuhnya," kata ahli lembaga eksekutif Adidas, Eric Liedtke dalam satu kenyataan.


Dokumentari pendek penghasilan Futurecraft Loop. - Youtube Adidas

Dua syarikat tersebut berimpian untuk melihat pelanggan mereka memakai kasut yang sama selama yang mungkin.

Tahukah anda bahawa kasut sukan Adidas yang lain diperbuat daripada 12 bahan berlainan seperti gam, polister, getah, fiber sintetik dan busa.

Tetapi, Futurcraft Loop hanya menggunakan satu jenis bahan iaitu poliuretana termoplastik.

Secara ringkasnya, kasut sukan terbaharu keluaran Adidas itu boleh dikembalikan ke kedai jika sudah rosak dan digunakan semula untuk menghasilkan kasut baharu.

Bagi yang teruja untuk memilikinya, sabar dahulu kerana koleksi ini hanya akan berada di pasaran pada 2021. - Vogue

Artikel Lain