Ikuti 5 tip guna ‘concealer’ ini untuk dapatkan ‘no-makeup look’ yang diidamkan - Mode | mStar

Ikuti 5 tip guna ‘concealer’ ini untuk dapatkan ‘no-makeup look’ yang diidamkan

Pemilihan concealer yang betul adalah penting untuk membuat wajah kelihatan polos. - Foto Adore Beauty

KALAU anda seorang yang gilakan mekap, pasti anda tahu bahawa 'keajaiban' concealer yang boleh menutup cela pada wajah.

Tetapi, jangan ingat concealer yang terbaik sudah mampu melakukan magis.

Anda harus tahu menggunakannya dengan teknik yang betul agar no-makeup effect boleh dicapai.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan 'tangkap muat' pilih bedak asas! Ketahui 5 perkara untuk solekan kekal berseri

Ikuti tip oleh jurusolek fesyen antarabangsa ini untuk mendapatkan mekap polos yang diidamkan.

Concealer adalah elemen penting dalam menghasilkan solekan sempurna. - Foto oleh Steven Meisel, Vogue

1. Persediaan kanvas wajah

Mula-mula sekali, anda harus membersih dan menghidratkan kulit menggunakan pelembab.

Jurusolek selebriti Nick Barose berkata: "Sebelum acara permaidani merah besar, saya menggunakan kain lap hangat untuk menggosok tompok kering pada wajah.

Manakala jurusolek Vincent Oquendo pula menggalakkan pelanggannya untuk menggunakan skrub dan topeng wajah untuk memberikan kesan glowing sebelum mengenakan serum bagi menambahkan lagi kelembapan pada kulit.

"Ia menyerap pada kulit supaya concealer tidak 'berterabur' pada wajah," kata Oquendo.

Concealer daripada NARS adalah menjadi pilihan kegemaran jurusolek Barose. - Allure

2. Pilih concealer bersesuaian tona kulit

"Apabila bayang tona tidak sepadan dengan concealer, wajah akan nampak seperti abu atau perbezaan terlalu ketara," kata Oquendo.

Tona kulit yang lebih warm seharusnya menggunakan concealer kekuningan atau jingga, manakala tona kulit yang cool pula sesuai dengan concealer merah jambu.

Bukan satu, tapi anda harus menggunakan beberapa warna concealer yang berbeza untuk bahagian tertentu pada wajah.

3. Guna daripada sudut dalam mata dan gerakkan ke luar

Jurusolek Romy Soleimani pula berkata, anda tidak perlu menggunakan concealer di seluruh kawasan bawah mata, hanya di kawasan yang gelap.

"Biasanya guna concealer pada inner third bahagian mata dan sedikit pada sudut luar mata," katanya.

Jurusolek profesional itu juga gemar meletakkan concealer menggunakan berus solekan sintetik yang halus dan kemudian menekapnya secara perlahan-lahan menggunakan hujung jarinya.

Lihatlah hasil selepas menggunakan concealer. - Youtube Make Up For Ever US

4. Gunakan di kawasan cela

Bagi memastikan concealer melekat pada kawasan wajah yang tidak rata, Oquendo menggunakan primer jenis matte.

"Cela mengeluarkan minyak berlebihan, jadi anda tidak mahu produk yang digunakan 'lari' dari kawasan yang hendak disolek," jelasnya.

Dia gemar menekan tangannya dengan concealer tebal dan blend sehingga tompok cela itu pudar.

5. Blot, then set

Selepas menggunakan kertas blotting untuk menghilangkan minyak pada wajah, Soleimani menggunakan berus kecil untuk meletakkan setting powder di bawah mata dan sekitar hidung. - Vogue

concealer

Artikel Lain