Penampilan ketua editor Vogue pun berjaya diubahnya, Meghan wanita paling berkuasa dalam fesyen? - Mode | mStar

Penampilan ketua editor Vogue pun berjaya diubahnya, Meghan wanita paling berkuasa dalam fesyen?

Wintour (kiri) mengubah seleranya dalam berfesyen selepas terinspirasi dengan gaya Meghan. - Agensi/Reuters

MOTIF flora pada musim bunga mungkin bukan satu fesyen baharu, tetapi menurut ketua editor Vogue Anna Wintour, Meghan Markle semestinya seorang trend-setter fesyen terkini.

Pada persidangan tahunan Women in the World anjuran editor majalah Tina Brown, Wintour yang merupakan satu nama paling berpengaruh dalam dunia fesyen mengakui bahawa dia terinspirasi dengan gaya Duchess of Sussex, Meghan Markle.

ARTIKEL BERKAITAN: Meghan didakwa tidak hamil, pegang 'baby bump' palsu

"Sudah tentu, gayanya hebat. Apabila dia berkunjung ke Australia dan New Zealand, dia sangat menghormati pereka tempatan dengan memilih untuk menggayakan rekaan pereka Australia yang tidak dikenali.

"Tindakan ini sangat bagus. Tetapi saya fikir, apa yang lebih penting adalah dia benar-benar membawa kemodenan kepada keluarga diraja dengan cara yang memberikan inspirasi. "

Gaya Meghan yang dirakam ketika masih bergelar tunang kepada Putera Harry pada April 2018. - Reuters

Wintour terkenal dengan gayanya yang sentiasa memakai gaun bercorak paras lutut, rantai leher dan warna hitam.

Namun, editor fesyen terkenal itu mula mempertimbangkan untuk meninggalkan 'uniform' yang sebati dengannya selepas terpengaruh dengan Meghan.

Saya sering memikirkan tentang sut sejak akhir-akhir ini... Terima kasih kepada Duchess of Sussex!

ANNA WINTOUR

Ketua Editor Vogue

"Mungkin gaya ini membosankan dan sudah tiba masanya untuk saya berubah.

"Saya sering memikirkan tentang sut sejak akhir-akhir ini... Terima kasih kepada Duchess of Sussex!”

Adakah ini bermakna Meghan individu paling berpengaruh dalam dunia fesyen?

Baiklah, mari kita imbas kembali.

Meghan dalam persalinan sut. - AP/Shutterstock

Meghan sudah beberapa kali mencetuskan kontroversi di internet dan melanggar protokol diraja.

Terdapat satu blog fesyen yang mendedikasikan penampilan Meghan dan puteri itu berjaya meyakinkan Wintour untuk mengubah gaya penampilannya.

Semua tanda-tanda ini menunjukkan, "Ya, Meghan paling berpengaruh." - Refinery 29

Meghan Markle , Anna Wintour

Artikel Lain