suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meghan didakwa tidak hamil, pegang 'baby bump' palsu

Meghan Markle.

DUCHESS of Sussex, Meghan Markle dijangka bersalin anak sulungnya dalam tempoh terdekat.

Namun timbul khabar angin bahawa Meghan memalsukan kehamilannya dengan memakai 'baby bump' prostetik.

Malah Meghan didakwa menggunakan kaedah ibu tumpang untuk melahirkan anaknya bersama Putera Harry.

Dia turut didakwa sering menyentuh perutnya bagi memastikan 'baby bump' palsu itu kelihatan sempurna.

Meghan hanya menunggu hari untuk bersalin.

Sebuah akaun YouTube yang mempunyai seramai 30,000 pengikut, mencipta video yang mendakwa mempunyai bukti bahawa Meghan sebenarnya tidak hamil.

Video Meghan berjalan perlahan turut dikongsi dan dianalisis di Twitter dan Facebook dengan kapsyen berbunyi 'baby bump itu bergerak' dan 'bukti tiada baby bump'.

Khabar angin itu dimulakan dengan hashtag #moonbump untuk berbicara mengenai teori Meghan sebenarnya tidak hamil.

Minggu lalu, netizen turut berkongsi gambar pelakon Abigail Spencer yang disangka Meghan dengan mendakwa wanita kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu tertinggal 'baby bumpnya' di New York. - Metro.co.uk

Artikel Lain