suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis cekik bayi baru lahir, serah mayat kepada kekasih untuk dilupuskan

Polis berkata mayat bayi itu diletakkan di dalam sebuah beg dan dibalut dengan selimut. Gambar Hiasan (ABC).

SEORANG gadis bersalin seorang diri secara rahsia di dalam bilik air sebelum bertindak mencekik bayi lelaki yang dilahirkannya itu.

Jade McCLain, 18, didakwa membunuh bayi tersebut di kediaman keluarganya di Neptune, New Jersey.

Malah dia turut menyerahkan mayat itu kepada kekasihnya yang juga bapa kepada bayi tersebut, Quaimere Mohammed, 19, untuk dilupuskan.

McClain turut mengakui dia mencekik bayi itu sehingga mati sebaik sahaja dia dilahirkan pada 29 Mac lalu.

“Dia mendedahkan bayi itu bernafas semasa dilahirkan, jadi dia berhasrat untuk menghentikan pernafasannya,” kata polis.

Selepas insiden itu, rakaman video menunjukkan Mohammed membuang plastik berwarna biru di dalam tong sampah di kawasan apartmen dekat Asbury Park.

Polis berkata mayat bayi itu diletakkan di dalam sebuah beg dan dibalut dengan selimut.

McClain dilaporkan menghantar gambar bayinya yang sudah meninggal dunia di atas katilnya kepada seorang rakan.

Dia turut mengadu kesakitan yang dialaminya sepanjang proses bersalin seorang diri di dalam tandas kepada rakannya itu.

Rakannya itu menghubungi polis dekat Asbury Park dan memberitahu mereka mengenai perbualan dengan McClain yang kemudian mengaku membunuh bayinya selepas ditahan pada Khamis.

Beberapa hari sebelum bersalin, McClain berbincang untuk membunuh bayi tersebut dengan kekasihnya. - Metro.UK.

bayi, jade mcclain, bunuh

Artikel Lain