suria

Kenali 5 telefon pintar terbaik pada harga sekitar RM2,000 sahaja

Samsung Galaxy S9 antara lima model pilihan terbaik.

JIKA mahu membeli telefon pintar, kita pastinya mahu mencari yang terbaik.

Namun kadang-kala, seiring kualitinya, harga yang ditawarkan pengeluar telefon bimbit juga agak melampau.

Kali ini, disenaraikan lima telefon pintar terbaik yang boleh didapati dengan harga kurang AS$500 (RM2,091) sahaja.

1) Motorola Moto G7

Mengikut ulasan, penggunaan telefon model ini membuatkan anda lupa bahawa ia model bajet sahaja.

Motorola Moto G7

Dengan harga AS$270 (RM1,129), ia menawarkan ciri-ciri yang biasanya hanya terdapat pada telefon yang mahal.

Selain memiliki skrin penuh, ia juga kalis air.

Jika anda ingin mendapatkan produk Motorola yang lain, boleh klik link di SINI.

2) Apple iPhone 7

Biarpun sudah dikeluarkan hampir tiga tahun lalu, ia masih lagi menjadi pilihan yang bijak buat pengguna.

Dengan harga pasaran semasa AS$450 (RM1,882), ia memiliki fungsi yang padu dengan kamera berkualiti.

Jika anda ingin mendapatkan produk Apple yang lain, boleh klik link di SINI.

3) Razer Phone 2

Dengan harga AS$500 (RM2,091), ia menjadi bukti anda tidak perlu mengeluarkan bajet berlebihan untuk perati yang hebat.

Razer Phone 2.

Ia direka khas untuk gamers dan dijana dengan processor QUalcomm Snapdragon 845.

Jika anda ingin mendapatkan produk Razer yang lain, boleh klik link di SINI.

4) Samsung Galaxy S9

Bukan model terbaharu Samsung, namun ia masih lagi antara yang terbaik.

Dengan harga semasa AS$500 (RM2,091), ia hadir dengan skrin AMOLED berkualiti tinggi serta kamera yang cukup padu.

Jika anda ingin mendapatkan produk Samsung yang lain, boleh klik link di SINI.

5) Google Pixel 3a

Telefon ini mempunyai dua model berbesa saiz iaitu 5.6 inci dan 6 inci.

Model Google Pixel sememangnya terkenal dengan kualiti kamera yang cukup hebat.

Google Pixel 3a.

Malah, ia juga hadir dengan ciri Google Night Sight untuk membantu anda merakam foto dalam suasana gelap.

Model 5.6 inci dijual pada harga AS$400 (RM1,673 manakala model 6 inci berharga AS$480 (RM2,007). - MSN.

Artikel Lain