Kering idea nak bagi apa? Ini 7 barang 'selamat' dijadikan hadiah sempena hari jadi teman lelaki - I-suke | mStar

Kering idea nak bagi apa? Ini 7 barang 'selamat' dijadikan hadiah sempena hari jadi teman lelaki

Hadiah hari jadi untuk si teman lelaki membuatkan si dia rasa lebih dihargai. - Gambar hiasan/Birthday Frenzy

SEBUT sahaja tentang hadiah hari jadi untuk pasangan, bukan lelaki sahaja yang pening kepala memikirkan apa yang sesuai untuk menggembirakan teman istimewa masing-masing.

Namun, si gadis juga sering buntu untuk mencari hadiah ulang tahun kelahiran buat si pujaan hati.

Bukannya apa, kaum Adam jarang menghebahkan tentang barangan yang digemarinya, tetapi lebih suka untuk mendapatkannya sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Selimut bentuk roti tortilla jadi pembalut tubuh bayi... rasa nak makan!

Jangan risau, berikut adalah hadiah yang boleh dijadikan idea untuk diberikan sebagai kejutan kepada teman lelaki anda.

1. Topi

Topi merupakan salah satu aksesori yang paling berguna untuk si jejaka kerana bukan sahaja ia boleh dipakai ke acara-acara kasual, malahan ia menjadi pelengkap gaya ranggi teman lelaki anda!

Tidak perlu yang berjenama atau bercorak meriah, beli sahaja topi berwarna kosong buat kekasih hati yang gemar berpenampilan ringkas.


2. Sneakers

Jika ada duit lebih, apa salahnya jika belikan kasut sukan yang trendy untuk dihadiahkan sempena hari jadi teman lelaki anda.

Pasti senyuman si dia lebar berhari-hari jika dapat kasut idaman daripada kekasih hati.


3. Fon telinga

Haaa... hadiah yang ni pasti semua lelaki suka! Lebih-lebih lagi kalau dapat fon telinga tanpa wayar sebagai hadiah.

Barulah bergaya kalau dipakai ketika bersenam, berjoging atau ulang-alik ke menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.


4. Kemeja kasual atau hoodie

Hadiah yang paling selamat sudah tentunya kemeja kasual atau hoodie kerana boleh dipakai berulang kali dan membuatkan si dia sentiasa terkenang kepada si pemberi.

Tidak perlu yang mahal, tapi yang penting anda belikan baju warna kegemarannya.


5. Permainan video

Jika teman lelaki anda seorang peminat tegar permainan video, anda tidak perlu pening-pening fikir hadiah apa yang perlu diberikan kepadanya.

Cari sahaja alat permainan video atau cakera padat permainan terbaharu untuk ditambah kepada koleksinya.


6. Beg galas

Beg galas merupakan salah satu perkakasan pelbagai guna yang sudah pastinya membuatkan teman lelaki anda berterima kasih dengan pemberian ini.

Selain boleh dibawa ke tempat kerja setiap hari, anda seolah-olah tidak akan berjauhan lagi dengan kekasih hati kerana beg galas boleh menjadi penemannya sepanjang bercuti ke pelbagai destinasi di serata dunia.


7. Minyak wangi

Haruman yang mempunyai identiti sendiri amat sesuai diberikan sebagai hadiah hari jadi kepada teman lelaki anda.

Ini kerana, minyak wangi bukan sahaja membuatkan seseorang berbau harum tetapi menyerlahkan lagi penampilan dan keyakinan si jejaka.

hadiah hari jadi , teman lelaki

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain