5 jenis hadiah ini tak pernah 'lapuk', wanita pasti suka! - I-suke | mStar

5 jenis hadiah ini tak pernah 'lapuk', wanita pasti suka!

Setiap wanita mahu akan rasa dihargai apabila menerima hadiah istimewa daripada pasangan mereka. Foto Sekadar Hiasan.

MENCARI hadiah yang sesuai untuk isteri atau teman wanita boleh membuatkan si lelaki tertekan kerana ia bukan tugas mudah!

Mana tidaknya, jika tersalah beli ia boleh menyebabkan perang besar walaupun niat anda baik untuk menggembirakan orang tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kering idea nak bagi apa? Ini 7 barang 'selamat' dijadikan hadiah sempena hari jadi teman lelaki

Tapi nanti dulu, anda boleh mempertimbangkan lima jenis hadiah ini yang tidak pernah lapuk dek zaman malah anda mungkin mendapat pujian atas usaha itu.

1. Minyak Wangi

Wanita mana yang tidak suka minyak wangi? Apatah pula jika ia daripada jenama terkenal yang mempunyai bau digemarinya.

Sedikit tips, jika hendak selamat jangan pilih bau buah-buahan atau pun flora sebaliknya pilih bau lembut.

2. Baucer, Wang Tunai

Jika anda buntu hendak membeli hadiah untuk insan tersayang, apa kata hadiahkan sahaja baucer tunai atau wang tunai!

Wanita sebenarnya lebih suka memilih barang diinginkan sendiri tetapi demi menunjukkan keikhlasan, temanlah si dia dan bersetuju dengan apa sahaja pilihannya.

3. Rawatan Spa

Manjakan wanita kesayangan anda dengan rawatan spa lengkap termasuk urutan badan dan rawatan muka. Pasti dia seronok.

4. Beg Tangan

Jika ada bajet lebih apa kata belikan isteri atau teman wanita anda beg tangan berjenama dan tengok apa reaksinya nanti.

5. Barang Kemas

Barang kemas bukan sahaja 'sahabat' baik wanita malah ia adalah pelaburan yang cukup menguntungkan. Wink! - TEMPO

Hadiah , Wanita

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain