Karya agung Leonardo da Vinci dipamer dalam bentuk digital, Balai Seni Negara catat sejarah terima kunjungan luar biasa! - I-suke | mStar

Karya agung Leonardo da Vinci dipamer dalam bentuk digital, Balai Seni Negara catat sejarah terima kunjungan luar biasa!

Para pengunjung merakam gambar hasil lukisan pelukis tersohor dunia Leonardo da Vinci iaitu Mona Lisa. Foto BERNAMA & LOW LAY PHON

LEBIH 15,000 pengunjung telah membanjiri Balai Seni Negara (NAG) Kuala Lumpur sejak 10 hari lalu.

Puncanya? Hasil karya agung Leonardo da Vinci sedang dipamerkan di negara ini dalam bentuk digital termasuk karya seperti Annunciation yang dihasilkan pada tahun 1472, The Last Supper (1495) dan paling popular Mona Lisa (1503).

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kotak bedak ke pita kaset cetusan idea yang bawa pelukis ini ke medan pameran

Barangkali peningkatan angka luar biasa itu terjadi semata-mata kerana pengunjung mahu menyaksikan potret Mona Lisa dan walaupun ia hanya dalam bentuk digital, penggemar seni tetap ingin menyaksikannya dengan lebih dekat.

Angka itu juga sebenarnya rekod buat NAG sejak penempatan semula lokasinya pada 2000 apabila pengunjung yang hadir melebihi empat angka setiap hari sejak pameran itu dilancarkan pada 15 Julai lalu.

Lukisan Leonardo da Vinci berjudul 'The Last Supper 'yang dihasilkan pada 1490.

Nama Leonardo da Vinci itu sendiri nampaknya sudah cukup untuk menarik bukan sahaja peminat seni malah golongan yang jarang berkunjung ke muzium atau pun balai seni untuk menjejakkan kaki ke tempat itu.

Malah mereka sanggup membayar bagi menyaksikan pameran itu walaupun sebenarnya tiada sebarang caj dikenakan untuk masuk ke NAG.

Bagi Timothy Johnson dan keluarganya, mereka pernah beberapa kali menghadiri pameran di luar negara namun tidak pernah menjejakkan kaki ke NAG sehinggalah mengetahui tentang pameran Leonardo da Vinci.

"Pameran ini sangat inovatif dan projek ini bercita-cita besar dalam berkongsi tentang seni dan budaya Itali dalam bentuk lukisan digital.

"Walaupun malu untuk saya katakan bahawa ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke NAG tapi saya bersyukur dapat berbuat demikian.

Lukisan bertajuk 'Adoration of the Magi' yang dihasilkan Leonardo pada 1481.

"Sudah tentu Leonardo menjadi tumpuan namun melihat seni lain daripada pelukis tempatan membuatkan kunjungan ini cukup bermakna," katanya.

Malah Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut hadir menyaksikan pameran itu.

Khairy menerusi Facebooknya turut menggesa orang ramai untuk melawat Galeri Seni Negara bagi menyaksikan sendiri karya hebat itu.

Kurator Kanan NAG, Amerrudin Ahmad memberitahu pameran itu bukan sahaja sebuah pameran seni sebaliknya ia benar-benar dapat menarik orang ramai untuk mendalami tentang karya Leonardo da Vinci.

Suasana dalam galeri pameran. 

"Ini bukan satu 'pertunjukan seni' tetapi ia pameran untuk orang ramai dan jelas ia telah menarik semua lapisan masyarakat.

"Hasil kerja hebat Leonardo sudah menjelajah ke seluruh dunia dan ini merupakan peluang yang baik untuk melihat semula semua hasil kerjanya.

"Sebagai sebuah galeri kebangsaan, salah satu objektif kami adalah untuk mendidik dan pameran ini adalah pengenalan yang baik kepada karya Leonardo," ujarnya.

Perbincangan juga sedang dilakukan bagi membawa lebih banyak karya seni daripada tokoh hebat dunia seperti Renaissance Raphael, Botticelli dan Donatello.

Antara lukisan yang dipamerkan selain potret Mona Lisa. 

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-500 kematian Leonardo da Vinci dan acara ini diadakan di seluruh dunia untuk memperingati mendiang.

Oktober depan, Louvre di Paris akan mempersembahkan acara Mona Lisa: Beyond The Glass di mana pengunjung dapat merasai pengalaman melihat lukisan itu menggunakan alat VR.

Pameran Leonardo Opera masih berlangsung di NAG yang terletak di Jalan Temeloh off Jalan Tun Razak Kuala Lumpur sehingga 15 Ogos ini namun ia ditutup pada 11 Ogos.

Ia dibuka secara percuma kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain