Bayar guna Maybank, pelanggan dimsum dapat diskaun sehingga 25 peratus - I-suke | mStar

Bayar guna Maybank, pelanggan dimsum dapat diskaun sehingga 25 peratus

dimsum menawarkan sehingga 25 peratus jika pelanggan membuat pembayaran menggunakan Maybank.

PERKHIDMATAN langganan 'video-on-demand' dimsum mengumumkan kerjasama dengan Maybank apabila menawarkan diskaun sehingga 25 peratus apabila pengguna memilih untuk membuat bayaran menerusi akaun bank tersebut.

Menerusi kaedah bayaran itu, pelanggan boleh menikmati tontonan tanpa had bagi rancangan-rancangan dan siri-siri terkenal dari Asia dengan harga serendah RM11 sebulan berbanding RM13.90 sebulan menggunakan kod promosi GET20MBB.

ARTIKEL BERKAITAN: Dimsum terbangkan artis Thailand, raikan pelanggan Ogos ini

Tidak hanya itu, pengguna boleh menikmati diskaun 25 peratus untuk langganan tahunan dimsum dengan hanya RM123 setahun (harga biasa RM165 setahun) menggunakan kod promosi GET25MBB.

Selain menggunkan kad debit, pengguna boleh menikmati diskaun itu dengan pembayaran menerusi Maybank/Maybank Islamic Mastercard, Visa dan American Express sehingga 31 Ogos ini.

Selain itu, semua pelanggan baharu dimsum dapat menikmati tempoh percubaan percuma selama 2 bulan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim memberitahu untuk menikmati tawaran itu, pengguna hanya perlu mendaftar menerusi www.dimsum.asia dan memasukkan kod promosi dan memilih pelan digemari.

Langganan akan disahkan selepas pengguna memasukkan dan mengesahkan maklumat kad Maybank mereka.

Sementara itu, pada Jun ini, dimsum akan menayangkan drama-drama siar serentak yang baharu dari China, termasuk drama terbaru The Longest Day in Chang’an dan Princess Silver, serta drama-drama percintaan dari Thailand, iaitu Thong Ek: The Herbal Master dan Fleet of Time.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, sila layari www.dimsum.asia/maybank.

dimsum , Maybank

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain