Lima hobi ini buatkan anda dilabel bijak!

Belajar bermain piano atau alatan muzik lain mampu meningkatkan keyakinan diri dan daya pemikiran. (Foto Sekadar Hiasan)

TAHUKAH anda mempunyai hobi tertentu sebenarnya memberi banyak kelebihan untuk menjadikan anda seorang yang bijak?

Dari membaca sehinggalah kepada senaman, aktiviti ini sebenarnya memberi impak kepada fungsi otak anda!

Tak percaya? Apa kata baca terlebih dahulu senarai hobi ini yang sebenarnya memberi impak besar kepada kehidupan seharian tanpa kita sedari.

Membaca bukan sahaja menambah ilmu tetapi menajamkan minda. 

1. Membaca

Jika anda suka membaca tidak kira jenis buku seperti ilmiah, keagamaan mahupun hiburan ia sebenarnya membuktikan anda seorang yang dahagakan ilmu serta maklumat.

Membaca juga sebenarnya mengajar anda untuk memberi respon lebih baik kepada keadaan di luar jangkaan selain menajamkan minda, mengurangkan tekanan serta membolehkan anda masuk ke pelbagai emosi ketika membaca.

2. Belajar bermain alatan muzik

Belajar bermain alatan muzik seperti piano atau gitar bukan sahaja menambah kemahiran jari anda tetapi meningkatkan keyakinan diri, selain menajamkan kemahiran berfikir.

Tak cukup dengan itu, ia juga membantu meningkatkan kreativiti, fokus serta memori anda.

Senaman bagus untuk peredaran darah ke otak. 

3. Senaman

Bersenam bukan sahaja meningkatkan stamina tetapi paling penting ia melancarkan peredaran darah ke otak.

4. Permainan minda

Jika anda gemar dengan permainan minda seperti teka silang kata, teka-teki termasuk permainan papan anda sebenarnya sedang mengasah otak anda tanpa disedari.

Manfaat permainan ini sama seperti anda bersenam - anda membolehkan otak anda berhubung, menajamkan kemahiran berfikir dan sudah tentu menambahkan ilmu pengetahuan.

Mengembara meningkatkan daya survival.

5. Mengembara

Siapa yang tak suka bercuti ke luar negara? Dalam berseronok terdapat pelbagai faedah setiap kali anda berkunjung ke tempat baharu.

Tanpa disedari, ketika berada di tempat asing, otak anda bertukar kepada mod gembira, selain ia merangsang sel berfikir dan survival. - HOBBY HELP

Hobi, iSUKE

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain