suria

Nak pisang tahan lama? Mudah sahaja...balut tangkainya dengan plastik

Pisang tahan lebih lama jika tangkainya dibalut dengan plastik. - Gambar sekadar hiasan

SEMUA sedia maklum, pisang mudah lebam jika dibiarkan selama beberapa hari.

Pisang yang sudah terlalu masak memang sedap untuk dibuat kek atau jemput-jemput.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cepat ‘sado’? Tidur lebih nyenyak? Ini 7 khasiat pisang yang anda harus tahu

Tapi, tidak semua orang suka makan pisang yang sudah lebam. 

Jadi, bagaimana caranya untuk mengekalkan kesegaran pisang dan memastikan ia tahan lebih lama?

Balut tangkai pisang seperti ini jika mahu ia kekal segar. - Shutterstock

Pisang adalah antara buah yang mengeluarkan gas etilena iaitu sejenis hormon tumbuhan yang menyebabkan buah cepat masak.

Cara paling senang untuk mengekalkan kesegaran pisang adalah dengan membalut tangkainya dengan plastik untuk menghalang pembebasan gas etilena.

Jika plastik yang dibalut tidak ketat, ikat sekali lagi dengan menggunakan gelang getah di luar balutan plastik itu.

Selepas itu, masukkan pisang ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. - Eat This

pisang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

‘Jangan terlalu harapkan Ronaldo’

Wanita bingung kereta kemik angkara labu