Jangan terkejut! Pakar dapat 'baca' tahap kesihatan anda melalui penggunaan perkataan di status Facebook

Kajian mendapati tulisan status atau catatan di Facebook seseorang boleh memberi maklumat tentang tahap kesihatannya.

PERANAN Facebook nampaknya bukan sekadar untuk bersosial tapi siapa sangka dijadikan medium untuk melakukan kaji selidik tentang tahap kesihatan seseorang.

Menerusi kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Pennsylvania dan Universiti Stony Brook, mereka mengkaji lebih 20 juta perkataan yang digunakan oleh 999 responden menerusi sejarah catatan (posting) di laman sosial itu bagi mengetahui penyakit dihidapi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan biar perbualan, video WhatsApp 'memberatkan' telefon anda... ini cara mudah nak jimat memori!

Kesemua responden itu juga turut membuat pautan data rekod perubatan elektronik dengan Facebook masing-masing namun informasi mengenainya tidak dapat diakses secara terbuka oleh kenalan mereka.

Menerusi Facebook pengkaji boleh mengetahui sama ada anda mempunyai masalah mental atau pun tidak. 

Para pengkaji membina tiga model untuk menganalisa sama ada posting yang dibuat mampu memberi maklumat mengenai masalah kesihatan yang dialami mereka menerusi 21 kategori penyakit.

Salah satu model itu menganalisa penggunaan bahasa digunakan pemilik profil menerusi status yang ditulis, manakala yang lain bagi mengasingkan demografi serta umur dan jantina mereka.

Hasilnya yang diterbitkan menerusi jurnal Plos One menunjukkan semua 21 masalah kesihatan yang disenaraikan boleh dijangka hanya menggunakan Facebook.

Malah, data Facebook adalah lebih baik dalam menganalisis 10 jenis penyakit mengikut informasi demografi seperti darah tinggi, diabetes termasuk kesihatan mental.

Penggunaan perkataan oleh pengguna di status juga sudah cukup untuk menggambarkan masalah kesihatan tertentu seperti contoh apabila kerap menggunakan perkataan 'minum' dan 'botol' - ia adalah tanda jelas seseorang itu mempunyai masalah alkohol.

Facebook bukan sahaja medium untuk bersosial tetapi tempat 'permainan' penyelidik.

Bagi yang sering menggunakan perkataan bersifat keagamaan seperti 'tuhan' dan 'doa' ia menunjukkan mereka mempunyai masalah diabetes.

Penggunaan perkataan kasar seperti 'bodoh' atau ayat mencarut yang lain, memberi gambaran pemilik profil itu seorang penagih dadah dan mempunyai masalah mental.

Bagaimanapun kata Dr Andrew Schwartz, kajian itu masih di peringkat awal namun perkaitan di antara penggunaan bahasa dan penyakit tertentu sangat berkait rapat.

Dari sudut positif, kajian ini diharap dapat membantu sesiapa sahaja yang mungkin tidak menyedari mereka sedang berdepan dengan masalah atau penyakit berbahaya. - THE STAR

Facebook

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain