suria

Pasti tak sabar kan... 'WhatsApp Status' boleh dikongsi terus ke FB, IG tidak lama lagi

Whatsapp sedang dalam tempoh percubaan memperkenalkan ciri terbaharu yang membolehkan status di aplikasi itu dikongsi ke Facebook, Instagram.

PLATFORM mesej popular WhatsApp bakal memperkenalkan ciri terbaharu bagi membolehkan pengguna berkongsi status yang dibuat di aplikasi itu ke Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

The Verge melaporkan WhatsApp sedang melalui tempoh percubaan ciri terbaharu itu dan berkemungkinan pengguna boleh menggunakannya tidak lama lagi.

WhatsApp Status yang diperkenalkan pada 2017 mempunyai peranan sama seperti Facebook Story serta Insta Stories yang membolehkan pengguna memuat naik gambar, video dan catatan yang akan berkekalan untuk tempoh 24 jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut! Pakar dapat 'baca' tahap kesihatan anda melalui penggunaan perkataan di status Facebook

Aplikasi itu ketika ini mempunyai 500 juta pengguna setiap hari dan dilaporkan bakal menjadi ciri pertama dalam sesuatu aplikasi yang akan mempunyai iklan tahun hadapan.

Bagaimanapun, WhatsApp menegaskan ciri terbaharu itu tidak akan menghubungkan akaun pengguna dengan semua media sosial yang lain secara automatik.

Sebaliknya pengenalan ciri terbaharu itu sebagai memaksimumkan perkongsian data iOS dan Android APIs yang digunakan oleh semua aplikasi lain.

WhatsApp memaklumkan, mereka mahu pengguna yang membuat keputusan sama ada berkongsi status tertentu di platform sosial media lain atau pun tidak.

WhatsApp, Facebook, Twitter

Artikel Lain