suria

Siapa kata hobi kena mahal? Ini 5 'hobi bajet' yang senang dan menyeronokkan

Belajar bermain alatan muzik juga boleh dijadikan hobi dalam mengisi masa lapang. Foto GAMBAR HIASAN

SETIAP daripada kita sekurang-kurangnya ada satu hobi bagi mengisi masa lapang terutamanya pada hujung minggu. Paling tidak, menonton televisyen atau tidur sepanjang hari pun dianggap hobi juga!

Kalau yang berkemampuan atau ada bajet lebih, ada yang suka gemar kumpul beg berjenama, kasut dan tak kurang juga yang suka pergi melancong ke luar negara.

Tapi sedarkah kita sebenarnya konsep hobi itu tidak semestinya terhad kepada mengumpul sesuatu atau memerlukan kos yang mahal kerana ada banyak cara lagi mengisi masa lapang. Paling penting fun dan jimat kos. Setuju?

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam saya tengok emas” Rita Sosilawati kumpul glob salji, ada yang emas 24K!

ARTIKEL BERKAITAN: Umpama ‘Crazy Rich Asian’, 4 pengawal peribadi ke bilik hotel persembahkan 30 kasut buat kerabat diraja

Kali ini, mStar Online nak senaraikan lima hobi yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda. Jadi selepas ni, bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada hobi tidur dan sambutlah lima hobi menyeronokkan dan bermanfaat ini dengan ucapan 'hello'.

1. Mendaki bukit, berbasikal

Bagi yang tiada bajet untuk ke gym, jangan bimbang! Mendaki bukit atau berbasikal sebenarnya aktiviti sihat dan menyeronokkan yang boleh dicuba sebagai hobi pada hujung minggu.

Sebagai permulaan cari bukit berdekatan kawasan perumahan atau amalkan berbasikal di kawasan sekitar. Kalau yang bujang tu, mana tahu terjumpa jodoh!.

Paling penting sebenarnya aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga atau pun teman-teman dalam mengeratkan hubungan.

2. Membaca

Membaca adalah hobi paling murah sekali namun ia memberi kelebihan yang paling baik dalam menambah ilmu.

Ahh, jangan bagi alasan tiada buku di rumah! Zaman sekarang ilmu boleh dapat di hujung jari sahaja, dalam internet macam-macam bahan bacaan boleh didapati dengan mudah.

Atau kalau mahukan feel nostalgia, boleh berkunjung ke perpustakaan untuk membaca dengan tenang dan tanpa kos.

Kalau malas nak baca buku tebal, boleh mulakan dengan artikel ringan seperti yang sedang anda baca sekarang. Wink!

Amalan membaca ni bukan sahaja dapat menambahkan ilmu tetapi ia mampu memberi inspirasi dalam kehidupan seharian.

3. Kerja amal

Mungkin ada yang tidak menganggap kerja amal sebagai hobi tetapi aktiviti mulia ini sebenarnya membantu kita dari segi kerohanian.

Tidakkah anda berasa bangga dan gembira dengan diri sendiri apabila dapat melakukan sesuatu untuk orang lain?

Menerusi kerja amal ini juga percayalah, anda dapat mengenali sisi lain dalam diri sendiri yang mungkin tidak pernah anda tahu!

4. Belajar muzik

Pernah anda terfikir untuk belajar bermain piano? Gitar? Biola? Sebenarnya kos untuk mempelajari alatan ini tidak mahal pun kerana sudah banyak tutor mengadakan kelas secara dalam talian atau video tutorial di YouTube.

Untuk dapatkan alatan ini pun mungkin boleh membelinya di kedai barangan terpakai seperti Cash Converters, Flea Market Amcorp Mall atau Pasar Loken!

Bermain muzik sebenarnya sangat menyeronokkan dan bila dah pandai nanti boleh lah hantar video anda sedang main lagu kegemaran si dia.

5. Mengemas

Ya! Apa kena mengena mengemas dalam hobi? Tapi cuba lihat sekitar rumah anda. Penuh barang tak berguna?

Inilah masanya untuk tukarkan rutin mengemas itu sebagai satu hobi dan percayalah anda akan terkejut dengan perubahannya nanti.

Ambil masa untuk asingkan barang-barang yang sudah tidak berguna untuk dibuang atau didermakan kepada orang memerlukan.

Bukan sahaja anda dapat buat kebaikan tetapi dapat hidup dalam keadaan teratur dan bersih.

Hobi, iSuke

Artikel Lain