suria

VistaPet tawar khidmat terbangkan haiwan peliharaan

Antara promosi yang diketengahkan VistaJet untuk program menerbangkan haiwan peliharaan, VistaPet.

VISTAJET penerbangan perniagaan global melancarkan VistaPet iaitu program komprehensif untuk menerbangkan haiwan peliharaan.

Syarikat itu telah mencatat peningkatan 104 peratus jumlah haiwan yang diterbangkan sepanjang dua tahun lepas.

Satu daripada empat Ahli VistaJet terbang secara kerap bersama haiwan peliharaan, dengan anggaran 30 juta orang mengembara bersama sahabat setia mereka itu setiap tahun.

Kucing ditempatkan dalam keadaan selesa sepanjang penerbangan.

VistaPet bangunkan dengan kerjasama pengamal veterinar yang berpengalaman, perapi, ahli diet dan jurulatih untuk memberi respon terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi apabila terbang bersama haiwan masing-masing.

Pasukan perkhidmatan pelanggan VistaJet menasihati penumpang mengenai peraturan yang dikenakan ke atas penerbangan dan destinasi mereka semasa terbang bersama haiwan kesayangan, termasuk vaksinasi, cip mikro, sijil dan butiran permit.

Bagi anjing, VistaJet dalam perkongsiannya dengan The Dog House, telah mengatur kursus empat minggu mengenai kebimbangan terbang bagi membolehkan haiwan berkenan peka dengan bau bahan bakar, bunyi enjin jet, tekanan hawa kabin dan gerakan pergolakan udara.

Burung Kakak Tua juga boleh diterbangkan dengan VistaJet.

Dalam setiap penerbangan, penumpang juga akan menerima Vista Pet Pochette, beg perjalanan yang mengandungi koleksi barangan untuk menjaga haiwan kesayangan semasa dan selepas penerbangan.

Menu seimbang untuk menjaga haiwan terhidrasi dan sihat telah dibangunkan berikutan nasihat daripada doktor haiwan klinikal, Dr Bruce Fogle.

Pramugari Kabin VistaJet juga boleh menawarkan pati bunga semula jadi untuk dicampurkan dengan air minum haiwan untuk membantu mereka lebih selesa sepanjang penerbangan. Maklumat lanjut boleh didapati di www.vistajet.com. - BERNAMA

VistaPet, VistaJet

Artikel Lain