suria

iPhone baharu pada September 2019 dan 2020, apa yang boleh anda jangka dari Apple?

Apple dijangka memperkenalkan model baharu pada September tahun ini dan tahun depan. FOTO: AP

BAGI penggemar iPhone, mereka pastinya sering tertunggu-tunggu inovasi yang bakal diperkenalkan oleh gergasi teknologi terkenal, Apple.

Pada tahun lalu misalnya, Apple menjadi perdebatan utama masyarakat global apabila melancarkan tiga model sekali gus iaitu iPhone XS, XS Max dan XR.

Peranti sensasi itu pantas meniti di bibir-bibir penggemar teknologi dan disifatkan antara model paling popular pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Apple bergelut, permintaan pasaran iPhone semakin merosot

ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang menarik dengan tiga model baharu iPhone?

Terbaharu, pengeluar telefon pintar itu dijangka memperkenalkan iPhone dengan paparan OLED dalam tiga saiz baharu pada tahun 2020.

Apple pada tahun lalu memperkenalkan tiga model iaitu iPhone XS, XS Max dan XR.

Menurut laporan Digitimes pada 2 April lalu, salah satu daripada model trio itu memiliki saiz 0.6 inci lebih besar berbanding model XS Max.

Model paling kecil dalam keluaran itu pula akan bersaiz sama seperti iPhone 8 Plus.

Selain itu, salah satu model berkenaan yang bersaiz 5.42 inci akan dilengkapi teknologi Y-Octa atau TOE touch LG yang mana ia menawarkan paparan skrin yang lebih nipis.

Sementara itu, laporan CNBC pula mendedahkan barisan model peranti yang bakal diperkenalkan Apple pada tahun ini akan memfokuskan kepada kapasiti bateri.

Apple dijangka memperkenalkan model baharu pada bulan September.

Ujar penganalisis Ming-Chi Kui, peranti 2019 dijangka mempunyai reka bentuk persis barisan model keluaran tahun lalu dengan peningkatan kapasiti bateri 10-15 peratus, 20-25 peratus dan 0-5 peratus.

Malah, ia juga bakal menyokong sistem pengecasan tanpa wayar dua hala seperti yang sudah diperkenalkan oleh Samsung dan Huawei sebelum ini.

Pengecasan tanpa wayar itu juga membolehkan beberapa peranti seperti iPhone, Airpods dan Apple Watch dicaj serentak.

Jika Apple mengikuti stratergi pelancaran seperti tahun-tahun sebelum ini, kita dijangka akan diperkenalkan dengan model-model itu pada September depan dan September 2020. - AFP Relaxnews

Artikel Lain