suria

Kaki selfie, penggemar fotografi... Huawei P30 sesuai untuk anda!

Model terbaharu Huawei P30 bakal berada di pasaran di seluruh Malaysia bermula 6 April ini. Foto SAM THAM

SELEPAS seminggu ia dilancarkan di kota cinta Paris, model terbaharu Huawei P30 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia!

Seperti kali pertama melihat kota romantik Paris, memandang P30 buat kali pertama juga membuatkan hati terus jatuh cinta.

Apatah lagi dengan harganya sangat berpatutan selain fungsi terbaharunya cukup berteknologi tinggi terutamanya bagi 'kaki fotografi', sudah pasti hati meronta-ronta untuk memilikinya.

Seperti mana temanya, Rewrite the Rules of Photography, P30 lengkap dengan kamera Leica quad dengan sensor 40 megapiksel lengkap, sudut lebar 20 megapiksel dengan kanta ultra lebar selain 8 megapiksel kanta telefoto dan sensor ToF.

Tidak hanya memfokuskan kepada kamera belakang, P30 juga dilengkapi dengan kamera hadapan dengan 32 megapiksel dalam memberi imej lebih berkualiti ketika berselfie!

P30 dilengkapi dengan kamera Leica quad.

Peranti itu didatangkan dalam tiga model - P30 dengan RAM 8GB dan penyimpanan 128GB berharga RM2,699, Pro P30 RAM 8GB/256GB (RM3,799) dan Pro P30 RAM 8GB/512GB (RM4,399).

Apa yang lebih menarik, berat P30 hanya 165 gram sahaja... Ringan bukan? Sementara Pro P30 didatangkan dengan skrin 6.47 inci yang beratnya hanya 192 gram!

Dari segi ketahanan, P30 dilengkapi bateri 3,650mAh manakala Pro P30 pula 4,200mAh dan kedua-duanya dapat dicas dengan pantas. Jadi lebih banyak masa boleh dihabiskan untuk melayari laman sosial kegemaran anda tanpa perlu bimbang bateri 'kering'.

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, anda tidak perlu bimbang untuk membawa telefon anda masuk ke dalam air kerana untuk perantai Pro P30 ia mempunyai rintangan air dan habuk yang memenuhi piawaian IP68 dan boleh tenggelam dalam air sehingga kedalaman 1.5 meter.

Penggemar telefon Huawei mencuba telefon P30.

Manakala bagi model biasa ia dilengkapi dengan piawaian IP53 yang mampu bertahan kepada percikan air.

Dua model P30 dan Pro P30 dengan kapasiti 256GB didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Aurora, Crystal Breathing dan Black manakala P30 Pro 512GB hanya dikeluarkan menerusi satu warna iaitu Aurora.

Model P30 dan Pro P30 boleh didapati di seluruh Malaysia bermula 6 April ini selain 6,000 pelanggan pertama mereka akan mendapat Backup Huawei 1TB bernilai RM599.

Sekiranya pembeli mengaktifkan jaminan pada aplikasi HiCare sebelum 5 Mei, mereka akan menikmati jaminan peranti selama 18 bulan berbanding setahun sebelum ini.

Huawei P30

Artikel Lain