suria

Ambil kira 4 ciri ini sebelum beli bagasi, jangan mudah terpesona dengan rekaan cantik sahaja

Bagasi yang berkualiti bukan sekadar kemudahan, tetapi satu keperluan untuk mereka yang kaki travel. -Gambar hiasan

BAGI 'kaki travel', mencari bagasi (luggage) yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga tentang ketahanan, fungsi dan kemudahan semasa perjalanan.

Sama ada anda sering mengembara atau hanya sesekali bercuti, memilih bagasi yang betul akan menjimatkan masa, tenaga dan sudah semestinya wang.

Jangan hanya melihat kepada reka bentuk atau harga yang murah, pokok pangkalnya biarlah bagasi yang dibeli berkualiti dan mempunyai daya tahan yang tinggi.

Berikut beberapa tip penting untuk membantu anda memilih bagasi terbaik sebagaimana perkongsian seorang pelayar, @acaiijawa di laman X:  

Menilai jenis material 

1. Polypropylene (PP) - Paling ringan, fleksibel, ketahanannya lama, tahan lasak dan harga mahal.

 2. ABS - Kurang ketahanan, keras, boleh pecah. Sekarang banyak company campurkan material ABS supaya lebih tahan tapi murah. 

Shoppers is seen looking for the travel luggage at Mid Valley megamall for story on people spending from EPF account 3 on June 09.—AZMAN GHANI/The Star

Terdapat pelbagai pilihan bagasi di pasaran. -Gambar hiasan

Kegunaan roda

- Memang ada beza apabila menolak luggage mahal dengan murah. Jenama mahal roda bagasinya mempunyai bearing dan suspension. Bagasi tidak terlalu bergegar apabila dibawa melalui jalan tidak rata. Maklumat tambahan, double wheel lebih baik daripada single.

Zip

- Cari yang 'anti-thieve' supaya pencuri tak boleh tebuk bagasi menggunakan pen saja. Ada bagasi yang tak guna zip, tetapi clip. Kemas tapi kelemahannya, bagasi tak boleh diregang atau dibesarkan kalau barang dalam beg penuh.

Jaminan

- Apabila survey bagasi, perkara pertama jurujual akan cakap adalah tentang 'warranty'. Oleh itu, carilah bagasi yang boleh bagi paling lama jaminan untuk bahagian 'body' dan 'sparepart'. Jaminan sepanjang hayat adalah lebih baik.

Artikel Lain