suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jimat banyak! Pemilik kucing boleh masak ‘wet food’ untuk si bulus, cuma guna 3 bahan mudah

Kaedah ini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan anda untuk si bulus.

PEMILIK kucing sanggup berbelanja demi keselesaan haiwan peliharaan mereka, termasuk untuk makanan berkualiti tinggi, aksesori, permainan, dan penjagaan kesihatan.

Namun dalam suasana ekonomi hari ini, pemilik kucing juga boleh menjimatkan wang dengan memasak makanan basah (wet food) sendiri untuk si bulus kesayangan mereka.

Cara ini bukan sahaja lebih jimat, malah memberi kawalan penuh terhadap kualiti dan bahan-bahan yang digunakan.

Di TikTok, seorang individu dikenali sebagai nass88min88 turut berkongsi tutorial untuk menghasilkan makanan kucing, dengan hanya menggunakan tiga bahan mudah.

Bahan-bahan

1. Isi ayam

2. Lobak merah

3. Serbuk agar-agar/jelly

wet food 2

Makanan kucing boleh dimasak sendiri menggunakan bahan-bahan yang mudah.

Cara-cara

1. Rebus isi ayam dan lobak merah.

2. Selepas siap, keluarkan dua bahan itu tapi jangan buang air rebusan.

3. Kisar dua bahan yang siap direbus, kalau rajin boleh carik-carikkan daging ayam agar lebih mudah dikisar

4. Masukkan balik dua bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi air rebusan tadi

5. Masak sekali lagi dan masukkan masukkan serbuk jelly ketika ia menggelegak

6. Sejukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

7. Boleh bagi kepada kucing tiga minggu sekali

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube