suria

Masalah bau kepam, hapak dalam kereta boleh selesai dengan 4 bahan! Yang nombor 3 siap boleh hilang mengantuk

Kulit lemon adalah antara bahan semula jadi yang boleh menghilangkan bau kereta. -Gambar hiasan/The Star

BUKA sahaja pintu kereta, bau kurang enak terus menerpa rongga hidung.

Pasti ramai yang berdepan dengan masalah bau kepam atau hapak di dalam kereta bukan?

Secara tidak langsung, ia menjejaskan mood untuk memandu dan membuatkan anda segan lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai penumpang.

Ada kalanya kehadiran bau kurang menyenangkan ini sukar dielak, tambahan pula sejak kebelakangan ini hujan turun hampir setiap hari di kebanyakan kawasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 5 pilihan cara nak hilangkan bau durian dalam kereta, lepas ni dah boleh borong bawa balik rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta anda bau kaki? Ini tempat betul letak pewangi untuk dapatkan haruman maksimum dalam kereta

Sudah pasti air hujan yang terkena pada kasut dan pakaian akan membasahi karpet serta kusyen kereta.

Kesuntukan masa dan kepenatan akibat seharian berada di pejabat membuatkan diri terasa begitu malas untuk membersihkan kereta.

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan beberapa produk semburan yang dijual di pasar raya.

Bagaimanapun, sebenarnya ada beberapa bahan semula jadi yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah bau kereta.

Recipe for Kuali online by Esther-Agar-agar santan

Daun pandan boleh dihiris kecil dan dijadikan potpouri. -Gambar hiasan/The Star

1) Pandan

Tumbuhan ini sememangnya mempunyai aroma harum dan sering digunakan dalam masakan. Tidak sekadar itu, ia juga sering digunakan untuk menghilangkan bau kurang enak dalam peti sejuk. Untuk menghilangkan bau dalam kereta, ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan di mana-mana bahagian kenderaan. Jika terlebih rajin, anda boleh menghiris beberapa helai daun pandan dengan halus, letakkannya dalam kain, ikat seperti sup bunjut dan gantungkan di dalam kereta.

2) Lemon

Hiris kulit lemon, letakkannya di dalam kain kecil, ikat dan gantungkan di dalam kereta. Untuk efek bau yang lebih menyengat, letakkan gantungan kain berhampiran pendingin hawa.

Charcoal wood chips at the charcoal factory in Kuala Sepetang, Perak. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Arang berfungsi menyerap bau hapak. -Gambar hiasan/Izzrafiq Alias

3) Biji kopi

Ambil beberapa biji kopi, masukkan ke dalam bungkusan kain yang diikat dan letakkan di bawah kerusi kereta. Anda juga boleh menggantung kain berisi biji kopi berhampiran dengan pendingin hawa. Aroma baju biji kopi bukan sahaja boleh melawan bau hapak, bahkan mampu membuatkan anda hilang rasa mengantuk.

4) Arang

Arang sememangnya berfungsi untuk menyerap kelembapan dan bau hapak. Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain