suria

Kawan hantar mesej nak pinjam duit? Jangan terus bagi, kena ada rasa curiga demi elak scammer

Scammer licik menggunakan pelbagai modus operandi untuk memperdaya mangsa. -Gambar hiasan

JIKA dahulu modus operandi golongan scammer adalah dengan menghubungi mangsanya menerusi panggilan telefon dan menyamar sebagai pegawai agensi tertentu.

Seiring dengan penggunaan telefon pintar (smartphone) yang semakin meluas, golongan ini mempelbagaikan taktik atau modus operandi bagi memperdaya mangsanya secara halus.

Tambahan pula, penggunaan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram kini cukup popular dalam kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia.

Tidak mahu lebih ramai rakyat negara ini terpedaya, seorang pegawai polis, Inspektor Arnida Adam, tampil memberikan nasihat serta berkongsi cara-cara untuk mengelakkan daripada menjadi sasaran scammer.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok nak dapat bayaran balik cukai? Ketahui 6 taktik scammer elak jadi mangsa

"Sekarang ni bukan telegram sahaja ada scammer, WhatsApp pun dah boleh kena scam.

"Jadi dalam usaha untuk mengelakkan menjadi mangsa scammer atau scammer menggunakan number WhatsApp kita untuk menipu orang, anda kena buat double verification.

"Anda pergi dekat setting, anda akan nampak double verification. Itu untuk tujuan keselamatan," kongsinya dalam satu video di TikTok.

Dalam pada itu, Arnida menyarankan agar sesiapa sahaja yang mendapat mesej mencurigakan di WhatsApp supaya menyelidikinya terlebih dahulu, terutama apabila 'si pengirim' mahu meminjam wang.

scammer 2

Ketika ini scammer rancak menggunakan dua platform iaitu Telegram dan WhatsApp untuk memperdaya mangsanya. -Gambar hiasan

"Dia (scammer) akan cari contact list kita, dia akan minta pinjam duit. Itu modus operandi dia.

"Jadi janganlah terlalu cepat sangat percaya. Saya tahu anda semua baik, tapi baik biarlah bertempat.

"Kalaulah kata tiba-tiba dapat mesej daripada member kata nak pinjam duit, anda janganlah terus minta nombor akaun dia atau terus bagi (duit).

"Of course 'dia' akan bagi nombor akaun lain. Anda mesti jadi suspicious tetapi dia akan beri alasan, akaun dia freeze atau ada masalah, sebab tu pakai akaun lain. Jadi jangan percaya," tegasnya.

Arnida dalam pada itu berkata, apa yang perlu dilakukan sebaik mendapat mesej berkenaan adalah menghubungi rakan yang berkenaan terlebih dahulu untuk meminta pengesahan.

"Anda just counter-check balik dengan mereka. Anda boleh direct call je untuk dapatkan confirmation sama ada betul ke mereka yang nak pinjam duit, atau orang lain.

"Normally rakan anda akan jawab dan beritahu nombor dia kena hack. Jadi anda kena berjaga-jaga.

"Lagi satu, hangat dekat Telegram, ada mesej beritahu mereka dah dapat claim (duit bantuan), mereka minta anda cuba claim juga dan minta click satu link.

"Itu pun jangan percaya. Bukan senang nak dapat duit. Dalam keadaan sekarang, bukan senang-senang orang nak bagi duit. Kalau kerajaan tak ada announce apa-apa (program bantuan), tiba-tiba ada orang suruh click link untuk dapat duit. Janganlah terlalu mudah percaya," tegasnya lagi.

Beliau dalam masa sama menasihatkan agar sesiapa sahaja yang pernah berdepan dengan situasi sedemikian atau mengetahui mengenainya supaya tidak lupa mengingatkan keluarga serta rakan agar sama-sama terhindar daripada menjadi mangsa.

Kesimpulannya, fikirlah dahulu sebelum menekan sebarang link dan memuat turun apa saja pautan atau aplikasi yang dihantar. Stay safe!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain