suria

Masih tercari-cari azam 2024? Pilih gaya hidup sihat, adidas Supernova Rise bantu capai keseimbangan sempurna untuk pelari

MEMASUKI tahun baharu 2024, ramai yang meletakkan sasaran untuk memperbaiki diri termasuk meningkatkan tahap kecergasan.

Sebagai permulaan, aktiviti larian menjadi antara sukan pilihan ramai orang kerana ia dianggap tidak memakan modal yang besar melainkan sepasang kasut yang sesuai.

Apabila bercakap tentang kesesuaian, sudah pasti kita akan mencari sepasang kasut yang selesa dan berupaya membantu mencapai sasaran iaitu meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung.

Baru-baru ini adidas melancarkan Supernova Rise sebagai satu lagi pilihan kasut larian yang sesuai digunakan setiap hari oleh pelari kasual.

Tanpa menjejaskan kemampuannya sebagai pengeluarkan kasut sukan pilihan, siri Supernova ini dilihat mampu melahirkan pelari harian berprestasi tinggi kerana ia menjanjikan keselesaan pada kaki.

Dengan reka bentuk yang inovatif dan elemen premium, Supernova Rise memancarkan aura yang tersendiri namun bersifat kompetitif.

Komposisi tapak tengah (midsole) adalah ciri yang menonjol, ia menggunakan polyether block amide (PEBA) atau dikenali sebagai Dreamstrike+.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin rajin ‘kutip mileage’ dengan adidas Switch FWD... Lonjakan midsole bantu pelari kasual capai sasaran!

Walaupun merupakan pilihan yang lebih mesra bajet, adidas menyepadukan sistem plat tapak tengah untuk keselesaan luar biasa semasa larian.

Sementara itu penggunaan Sistem Rod Sokongan pada tapak Supernova Rise merupakan alternatif kepada gentian karbon (carbon plate) turut berupaya menawarkan sokongan dan peralihan yang lancar dalam memastikan kestabilan ketika berlari.

Maka tidak hairanlah apabila Pengarah Kategori Larian Global adidas, JT Newcomb berkata cabaran utama dalam membangunkan francais Supernova ini ialah untuk mencapai keseimbangan yang sempurna daripada segi keselesaan dan juga sokongan.

super_1

Offset 10mm pada Supernova Rise memberi keselesaan kepada pelari.

"Matlamat kami adalah untuk mencipta kasut yang memberikan keselesaan, kesesuaian dan kestabilan yang tiada tandingan untuk pelari harian.

"Saya amat berbangga kerana kami telah melakukannya dengan tepat," katanya kepada mStar baru-baru ini.

Tambah JT Newcomb, Supernova Rise sesuai untuk pelari kasual yang mahu melakukan aktiviti kecerdasan lima hari seminggu dalam jarak biasa.

"Apa yang boleh saya katakan Supernova Rise adalah kasut untuk anda yang mahu kekal aktif.

Supernova Rise berupaya memberi keselesaan dan sokongan yang diperlukan setiap pelari harian.

JT NEWCOMB

PENGARAH KATEGORI LARIAN GLOBAL ADIDAS

"Ia berupaya memberi keselesaan dan sokongan yang diperlukan setiap pelari harian," katanya lagi.

Dengan ketinggian kusyen tumit kasut (heel stack height) 36mm dan toe height (jarak tanah ke jari kaki) 26mm, Supernova Rise menghasilkan offset 10mm.

Walaupun dengan ketinggian itu, Supernova Rise tidak berasa terlalu tinggi dan memberi keyakinan semasa pecutan.

IMG_3871

Sistem Rod Sokongan pada tapak Supernova Rise merupakan alternatif kepada gentian karbon.

Apa yang boleh dikatakan Supernova Rise merupakan kasut larian yang memenuhi keperluan pelari bagi mencapai prestasi dan menguji kemampuan diri.

Ia menawarkan keselesaan tanpa kompromi untuk anda berlari tanpa gangguan.

Namun walau apa pun, ingatlah dengan setiap aktiviti larian anda akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik.

Secara tak langsung boleh mengurangkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain