Rumah kayu penuh khazanah antik... pelita minyak tanah sejak 1864, keratan akhbar di zaman merdeka antara koleksi berharga

Pengumpul barang antik Anuar Salleh, 42, membersihkan antara barangan yang paling berharga dalam koleksinya sebuah pelita minyak tanah dibuat pada 1864 dipercayai digunakan di dalam kapal-kapal pengangkut British dibuat pada 1864. Foto BERNAMA

MELANGKAH masuk ke sebuah rumah kayu di tepi jalan utama di Kampung Cherang Ruku di Kelantan, anda pasti tidak mempercayai apa yang ada di depan mata.

Apa tidaknya, ratusan helaian surat khabar sejak dari 1950-an yang siap dibungkus dengan plastik lutsinar tergantung elok di dinding dan ratusan buku-buku langka yang tersusun di atas lantai rumah.

Mendongak ke bumbung, beberapa lampu minyak tanah termasuk yang berusia 156 tahun turut menghiasi latar langit rumah usang itu, selain sebuah 'basikal tua' berjenama Raleigh megah ditempatkan di satu sudut rumah, mempamerkan citarasa pemiliknya, Anuar Salleh, yang menghargai barangan antik dan koleksi majalah serta buku-buku lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh hadap berjam-jam hasilkan capal, graduan multimedia ini mahu martabatkan warisan yang semakin dilupakan

Anuar, 42, berkata usaha mengumpul barangan tersebut bermula sejak berusia 25 tahun kerana minat mendalam terhadap barangan lama khususnya yang mempunyai nilai sentimental kepada dirinya, selain keunikan tersendiri barangan berkenaan.



'Basikal tua' berjenama Raleigh dibuat pada 1955 di England dan masih lengkap dengan lampu karbid dan beg kulit yang digantung di pelana yang dibelinya pada 2006.

Selain buku, basikal, botol air dan dokumen-dokumen, Anuar yang merupakan peniaga turut menyimpan pelbagai barangan tembaga, batu giling, piring hitam dan tin minyak hitam.

"Antara barangan yang paling berharga dalam koleksi saya adalah sebuah pelita minyak tanah dibuat pada tahun 1864 yang ditemukan ketika saya menyelongkar sebuah rumah lama di Kuala Semerak di sini.

"Saya menemukan pelita minyak tanah itu kira-kira lima tahun lepas dan hasil penyelidikan mendapati ia sering digunakan di dalam kapal-kapal pengangkut British," katanya kepada Bernama.

Anuar berkata selain pelita minyak tanah, ada tiga barangan, yang berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu (kini Malaysia), yang amat disayanginya iaitu naskhah khas bertajuk ‘Kemerdekaan Tanah Melayu’ yang diterbitkan pada 31 Ogos 1957 oleh kerajaan ketika itu.



Anuar menunjukkan buku teks ucapan selamat hari raya oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan merupakan teks ucapan yang pertama selepas kemerdekaan negara pada 1957.

Beliau juga mempunyai salinan ‘Pemasyhuran Kemerdekaan’ bertarikh 31 Ogos 1957, yang dahulunya diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan sempena hari keramat kemerdekaan Tanah Melayu.

"Kedua-dua naskhah ini diperoleh selepas menyelongkar rumah-rumah lama dan ada yang dibeli. Contohnya naskhah khas Kemerdekaan Tanah Melayu itu diperoleh daripada seorang tukang rumah yang merobohkan sebuah rumah lama di Bachok dan menemukan keratan akhbar itu.

"Bagaimanapun, bulan lepas, seorang pensyarah dari Universiti Malaya meminjam naskhah yang mempunyai kira-kira 30 muka surat itu untuk rujukan pembelajaran dan dibaik pulih dengan kerjasama Arkib Negara," katanya.

Menurut beliau, antara yang paling menarik dalam koleksi kemerdekaan negara miliknya adalah sebuah 'basikal tua' berjenama Raleigh yang dibelinya pada 2006 daripada seorang pemilik di Kampung Gaal di sini.



Salinan Pemasyhuran Kemerdekaan yang juga bertarikh 31 Ogos 1957 yang dahulunya diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan sempena hari keramat Tanah Melayu diberikan pembebasan oleh penjajah.

Beliau berkata basikal tersebut dibuat pada tahun1955 di England itu masih lengkap dengan lampu karbid dan beg kulit yang digantung di pelana basikal.

"Malah, basikal tersebut masih mempunyai resit pembelian bertarikh 9 Julai 1957 dan dibeli dengan harga RM187. Menurut pemilik asal, datuknya membeli basikal berkenaan semata-mata untuk menyambut hari kemerdekaan negara," katanya.

Katanya, kesemua koleksi itu diperoleh daripada pelbagai sumber sama ada daripada pengumpul lain, pembelian di pasar-pasar karat dan orang persendirian yang mempunyai minat sama dalam mengumpul barangan antik.

"Ia merupakan satu kepuasan kepada saya dapat mengumpul koleksi-koleksi ini kerana ia mempunyai nilai sejarah dan sangat dekat dengan hati kita sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Merdeka, Antik, Sejarah, Budaya, Cherang Ruku

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain