Covid-19 cetus ilham kanak-kanak hasilkan karya seni, terokai skil baharu... tetap rasa selamat sepanjang PKP

Antara hasil lukisan dan mewarna yang dihantar kepada The Star.

KETIKA ini perkara yang terbaik untuk melawan Covid-19 adalah dengan mengurangkan pergerakan dan duduk di rumah sekiranya tiada sebarang urusan di luar.

Meskipun kerajaan telah membuat pelbagai kelonggaran menerusi Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB) itu bukan bererti kita sudah terselamat daripada ancaman virus membunuh itu.

ARTIKE BERKAITAN: Tak perlu ubat tinggi... Renang, lompat tali antara 5 cara tambah ketinggian anak anda

Situasi ini sebenarnya turut memberi kesan kepada golongan kanak-kanak yang tidak dapat ke sekolah sejak 18 Mac lalu.

Sebaliknya, mereka kini banyak belajar dari rumah menerusi Google Classroom dan Google Meet.



Mewarna antara aktiviti kegemaran kanak-kanak sepanjang PKP.

Bagaimanapun, situasi semasa ini juga sebenarnya memberi banyak manfaat kepada mereka apabila ada di antara mereka yang belajar memasak, melukis, berkebun atau pun menjahit.

Tidak terhenti hanya di situ, ramai kanak-kanak telah menghantar hasil mewarna lukisan menerusi kolum StarChild yang diperkenalkan akhbar The Star sepanjang tempoh PKP ini.

Ia bukan sahaja aktiviti menyeronokkan tetapi memberi pemahaman dan informasi mengenai situasi semasa kepada golongan kanak-kanak.

Selain itu mereka juga dapat berkongsi pandangan berkaitan Covid-19 dan PKP.

Bagi Jane Ng Ai Wen yang baharu sahaja berusia tujuh tahun, sepanjang tempoh ini dia banyak mengikuti kelas dalam talian selain menolong bapanya berkebun menanam jagung dan taugeh.



Lukisan adik Brandon Tham mengenai makanan kegemarannya.

"Tempoh PKP ini juga saya banyak membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu dan mengemop lantai," katanya.

Manakala Sara Lim Xin Ann pula, dia kini sudah pandai membuat kek dan ladu kegemaran keluarganya dan dia akan membantu ibunya di dapur selepas kelas dalam talian selesai.

"Banyak yang saya belajar selain memasak seperti mencuci pinggan dan melipat kain. Selepas ini saya harap dapat belajar menggoreng telur," ujarnya kanak-kanak berusia lapan tahun ini.

Selvakumar, lapan tahun pula memberitahu meskipun ramai kanak-kanak tidak suka atau tidak memahami tentang PKP, namun baginya ini adalah kesempatan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta mengasah bakat dalam masakan dan berkebun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Covid-19, PKP, PKPB, Aktiviti, Berkebun, Memasak,

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain