suria

Makin canggih... Mampu kesan 'tetamu tak diundang', muat turun Zoom versi 5.0 atau disekat

Aplikasi Zoom kini banyak digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengadakan mesyuarat sejak ramai bekerja dari rumah.

BAGI pengguna perkhidmatan sidang video Zoom, anda dinasihatkan untuk memuat turun versi terbaharu 5.0 bagi mengelak sebarang masalah.

Ini berikutan pihak Zoom merancang untuk mengaktifkan enkripsi GCM (Galois/Counter Mode) bermula 1 Jun dalam usaha memperbaiki mutu dan keselamatan penggunaan aplikasi itu ketika bermesyuarat.

Sekiranya tidak memuat naik versi baharu itu, pengguna tidak akan dapat mengakses kepada sebarang sidang video dan perlu memuat turun versi terbaharu terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN : Rumah kayu penuh khazanah antik... pelita minyak tanah sejak 1864, keratan akhbar di zaman merdeka antara koleksi berharga

Fungsi terbaharu Zoom 5.0 mempertingkatkan kawalan keselamatan seperti melaporkan 'tetamu tidak diundang' serta membenarkan pemula sidang video mengunci mesyuarat untuk mengelak gangguan.

Bagaimanapun peserta sidang video masih boleh mengundang orang lain, pemula dapat mengunci mesyuarat yang sedang dijalankan selain menghidupkan ruang menunggu kepada peserta yang dimasukkan peserta lain.

Versi terbaharu ini juga membolehkan 'tuan rumah' membuat keputusan sama ada peserta boleh berkongsi skrin, berinteraksi ketika mesyuarat.

Sebagai langkah keselamatan, Zoom 5.0 turut memperkenalkan tanda Air Share iaitu apabila peserta mengambil tangkapan skrin dengan meletakkan alamat emel mereka pada gambar yang diambil.

Manakala Air Audio pula dapat diaktifkan dan maklumat peribadi pengguna akan disertakan dalam audio sekiranya ada peserta yang merakam perbualan sidang video itu.

Sekiranya fail audio dikongsi tanpa kebenaran, ciri ini dapat membantu mengenal pasti peserta mana yang membuat rakaman tersebut.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Zoom, Aplikasi, Teknologi, Covid-19

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan