Ustaz Adnin Roslan meraih pengiktirafan penulis terbaik menerusi Surat Cinta dari Tuhan pada POPULAR – BH Anugerah Pilihan Pembaca (APP), baru-baru ini.
KEMENANGAN paling manis.Itu ungkapan bagi menggambarkan perasaan pempengaruh dan penulis, Ustaz Adnin Roslan selepas sekali lagi mencipta kejayaan dalam dunia penulisan. Pada usia 33 tahun, beliau bukan sahaja dikenali sebagai pencipta kandungan berunsurkan dakwah di media sosial, malah turut mengukuhkan namanya sebagai penulis apabila dinobatkan sebagai Penulis Terbaik POPULAR – BH Anugerah Pilihan Pembaca (APP) bagi kategori bukan fiksyen menerusi bukunya, Surat Cinta Dari Tuhan.Karya tersebut bukanlah asing dalam kalangan pembaca, malah sering menduduki tangga pertama carta bestseller di rangkaian kedai buku POPULAR dan MPH.Selain aktif menulis, beliau juga merupakan seorang komposer, penulis lirik dan penyanyi.Antara karya yang mendapat perhatian ialah lagu Seni Berdamai Dengan Takdir hasil kolaborasi bersama penyanyi Naim Daniel.Permudahkan kefahaman al-QuranMenurut Adnin, idea menghasilkan Surat Cinta Dari Tuhan tercetus apabila beliau sering menerima pertanyaan daripada orang ramai yang sukar memahami terjemahan al-Quran."Saya dapat banyak soalan, baca terjemahan al-Quran macam tak faham. Jadi saya hasilkan idea untuk mudahkan orang faham dengan buat sinopsis daripada juzuk 1 hingga 30."Apabila orang baca al-Quran bersama terjemahan dan buku ini, mereka akan dapat gambaran lebih baik kerana disampaikan dalam bahasa santai,” katanya kepada mStar.Mengambil masa kira-kira empat bulan untuk disiapkan, proses penulisan buku tersebut disifatkan sebagai pengalaman yang cukup bermakna.Adnin (duduk, kanan) bersama penulis karya terbaik yang merangkul anugerah RCA dan APP."Semuanya manis. Apabila menulis tentang al-Quran, secara automatik kita akan banyak membaca al-Quran. Apabila banyak membaca, rasa itu sentiasa manis," kongsinya.Berkongsi rutin, Adnin mengakui tidak mempunyai jadual tetap, namun lebih selesa menulis pada waktu malam."Selalunya saya menulis antara pukul 11 malam hingga 3 pagi," katanya.Dalam memastikan penyampaian lebih santai dan mudah difahami, beliau membayangkan seolah-olah sedang berbual dengan pembaca."Saya bayangkan saya sedang bercakap dengan orang. Saya tak buat ayat puitis kerana sasaran saya adalah orang awam."Jadi, tak ada istilah tak faham bahasa Arab. Semua orang boleh mula memahami al-Quran," ujarnya.Beliau turut berharap buku tersebut menjadi titik permulaan kepada masyarakat untuk lebih mendalami al-Quran."Kalau rasa nak mula tadabbur al-Quran, boleh mulakan dengan buku ini. Mudah-mudahan ia jadi asbab untuk timbul rasa ingin tahu yang lebih mendalam," katanya.Surat Cinta Dari Tuhan merupakan buku ke-25 hasil penulisan Adnin, satu pencapaian yang cukup membanggakan dalam kariernya sebagai penulis.Adnin bakal menerbitkan tiga lagi karya baharu pada tahun ini.Walaupun pernah meraih pengiktirafan sebelum ini, beliau mengakui kemenangan kali ini membawa makna yang berbeza."Tahun lepas saya menang juga menerusi Tuhan, Aku Ingin Hijrah , tapi kali ini paling manis kerana saya tak jangka dan tidak meletakkan harapan," katanya.Bakal terbit tiga buku baharuTidak berhenti di situ, Adnin merancang untuk terus aktif menghasilkan karya baharu pada tahun ini.Antara buku yang bakal diterbitkan termasuk 114 Surat Cinta Dari Tuhan yang merangkumi sinopsis 114 surah, Tutorial Taubat serta Parenting Akhir Zaman.Mengakhiri perkongsian, beliau menitipkan pesanan penuh makna kepada pembaca."Terima kasih. Moga niat kalian untuk mendalami al-Quran, Allah balas dengan syurga."Memahami al-Quran ini adalah perjalanan sepanjang hayat, jadi jangan pernah berhenti,” ujarnya.