“Mama, bila saya boleh lihat semula?” – Kata-kata remaja autistik ini undang sebak, namun siapa sangka kebolehannya luar biasa! - Figura | mStar

“Mama, bila saya boleh lihat semula?” – Kata-kata remaja autistik ini undang sebak, namun siapa sangka kebolehannya luar biasa!

Sungguhpun Yuen mengalami kecacatan deria penglihatan sejak lahir serta disahkan menghidap mild autisme dan epilepsi, remaja istimewa ini berkebolehan bermain alat muzik.

JIKA dilihat dengan pandangan mata kasar, penampilan remaja ini kelihatan sama sahaja seperti kebanyakan individu cacat penglihatan yang lain.

Hakikatnya, Lu Khai Yuen, 17, merupakan seorang remaja autistik selain turut disahkan menghidap epilepsi (sawan).

Menurut bapanya, Lu Hock Soon, 50, anak tunggalnya yang mesra dipanggail Yuen itu mengalami kecacatan deria penglihatan sejak lahir, serta disahkan menghidap mild autisme pada ketika berusia dua tahun setengah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cipta model jentera guna kertas, bahan terbuang... bakat remaja ini buat ramai terpana! 

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja OKU bakal ke Moscow, wakili negara ke Pertandingan Abilimpik Antarabangsa - “Jangan malu kerana kekurangan, tapi berusaha untuk sesuatu yang lebih besar dalam hidup” 

“Ketika anak saya berusia 26 minggu dalam kandungan ibunya, doktor sudah mengesan keadaan kedua-dua matanya seakan tidak develop. Selepas mengetahui berita itu, kami hanya menerimanya dengan lapang dada.

“Saya dan isteri sangat positif dengan kelahirannya kerana percaya kami adalah ibu bapa terpilih untuk menggalas tanggungjawab ini,” ceritanya kepada mStar.

Menurut Lu, dia dan isteri, Chong Yit Peng pernah membawa anak mereka yang ketika itu berusia beberapa bulan untuk mendapatkan rawatan pakar mata di Amerika Syarikat.

Lu Khai Yuen kini bersekolah di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak.

“Pembedahan itu merupakan prosedur retinal detachment. Doktor itu memberikan tempoh masa tertentu untuk kami pantau perkembangan matanya selepas pembedahan.

“Pada mulanya, Yuen mampu melihat warna-warna walaupun samar. Namun, keadaan tidak seperti yang diharapkan apabila usianya makin meningkat. Yuen kemudiannya tidak lagi mampu melihat sepenuhnya,” katanya yang bekerja sebagai seorang jurutera.

Pada usianya dua tahun setengah, Yuen yang kini belajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak telah disahkan pula menghidap mild autisme.

Ketika usianya 11 tahun, dia pernah bertanya kepada ibunya, ‘Mama, bilakah saya boleh melihat semula?’. Pertanyaan itu memang cukup buat kami sebak. Bagaimanapun Yuen beransur-ansur menerima hakikat bahawa dirinya tidak mampu melihat.

LU HOCK SOON

BAPA

“Masa itu, Yuen mempunyai kesukaran untuk tidur. Kami tidak sangka rupanya ia adalah petanda bahawa Yuen menghidap autisme. Sebelum mengetahuinya, kami pernah mendapatkan rawatan alternatif memandangkan dia sukar tidur.

“Namun selepas didiagnosis, kami kemudian mengikut nasihat doktor dan mendapatkan rawatan hanya di hospital,” ujar Lu.

Tidak menafikan berdepan dengan cabaran hebat sepanjang membesarkan Yuen yang cacat penglihatan dan juga autistik, Lu berkata dia dan isteri tidak pernah berputus asa memberikan yang terbaik buat anak tunggal mereka khususnya dalam bidang pendidikan.

“Selain menghantarnya ke sekolah pendidikan khas, kami juga mengajar Yuen perkara-perkara asas agar dia mampu berdikari. Saya dan isteri tidak malu membawanya keluar untuk mengajar dia menaiki lif, tren dan perkara lain.

“Kami memang tak kisah pun kalau ada orang yang pandang atau renung, apa yang penting, anak kami boleh berdikari,” katanya.

Lu menambah, sungguhpun Yuen merupakan seorang insan istimewa, anaknya mempunyai kebolehan dan bakat yang mengagumkan.

Chong Yit Peng (kanan) sentiasa bersama Yuen untuk memantau perkembangan anak tunggalnya.

“Yuen boleh bermain piano, organ dan drum dengan baik. Pernah kami menghantar Yuen ke kelas muzik pada usianya enam tahun namun gurunya berkata kebolehan Yuen menjangkaui kanak-kanak lain di kelas itu.

“Selain itu, Yuen juga mempunyai daya ingatan dan pengecaman yang kuat. Dia mampu mengingat apa yang kami ajarkan sejak kecil. Contohnya, dia boleh tahu model sesuatu kereta dengan hanya menyentuh beberapa bahagian kereta itu,” cerita Lu.

Bercerita lebih lanjut, Lu berkata dia paling tidak dapat melupakan pengalaman Yuen yang diserang sawan yang teruk sewaktu berusia 10 tahun.

Lu Hock Soon (kiri) dan isteri, Chong Yit Peng (kanan) bersama anak tunggal mereka yang mengalami kecacatan deria penglihatan sejak lahir, serta disahkan menghidap mild autisme dan epilepsi.

“Ketika itu dia sedang menggosok gigi untuk ke sekolah. Tiba-tiba sahaja dia rebah dengan mulut penuh buih. Dia tak pernah jadi seperti itu sebelum ini. Kami sangat panik dan ketika itu memang ingat Tuhan mahu mengambil kembali anak istimewa ini. Bagaimanapun syukur, kami masih diberi peluang bersama dengan Yuen sehingga hari ini.

“Lagi satu, ketika usianya 11 tahun, dia pernah bertanya kepada ibunya, ‘Mama, bilakah saya boleh melihat semula?’. Pertanyaan itu memang buat kami sebak. Bagaimanapun Yuen beransur-ansur menerima hakikat bahawa dirinya tidak mampu melihat.

“Buat ibu bapa yang punyai anak istimewa, terimalah anak seadanya kerana mereka adalah anugerah Tuhan buat keluarga yang terpilih. Kita adalah ibu bapa yang istimewa kerana dipilih menggalas tanggungjawab ini,” akhirinya. 

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini