Hilde Back, guru berhati mulia taja pelajar miskin Kenya hingga cetus inspirasi lahirnya dana amal - Figura | mStar

Hilde Back, guru berhati mulia taja pelajar miskin Kenya hingga cetus inspirasi lahirnya dana amal

Kemurahan hati Hilde Back (kanan) membuatkan seorang kanak-kanak miskin Kenya, Chris Mburu berjaya keluar daripada belenggu keciciran pelajaran. Kredit foto: Getty Image

KEBANYAKAN kanak-kanak miskin di Kenya tidak bersekolah kerana keluarga mereka tidak mampu untuk membiayai kos pendidikan.

Berkat keikhlasan hati dan rendah diri seorang guru yang tidak sanggup melihat kanak-kanak terbiar tanpa pendidikan, Hilde Back memutuskan untuk menaja seorang kanak-kanak, Chris Mburu.

Hilde, seorang guru dari Sweeden memperuntukkan kira-kira USD $15 sebulan (kira-kira RM63) untuk membiayai pendidikan Chris.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilahirkan cacat, namun kanak-kanak 11 tahun ini tak pernah terfikir nak sembunyikan wajahnya kepada dunia 

ARTIKEL BERKAITAN: Dari pereka grafik kini pelukis sepenuh masa, uniknya jejaka Filipina ini beri lukisan percuma sebab mahu lihat orang senyum 

Dek kemurahan hati Hilde, Chris berjaya keluar daripada belenggu keciciran pelajaran. Lelaki itu berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Nairobi dan kemudian menghadiri Sekolah Undang-undang Harvard. Dia juga dilantik menjadi Penasihat Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ingin membalas jasa individu yang menjadi tonggak kejayaannya, Chris telah memohon pejabat Kedutaan Sweden untuk mencari ‘penaja’ pendidikannya sebelum ini.

Dia kemudian menubuhkan dana amalnya sendiri dan menamakannya Dana Pendidikan Hilde Back (HBEF) pada 2001 sempena nama dermawan berkenaan.

HBEF membiayai tuisyen untuk pelajar miskin di Kenya. Ketika penubuhan awalnya, HBEF telah mengubah nasib 350 kanak-kanak yang keciciran pendidikan.

Chris Mburu berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Nairobi dan kemudian menghadiri Sekolah Undang-undang Harvard.

“Saya datang dari sebuah desa yang miskin, tiada jalan berturap, tiada elektrik, tidak ada air paip, tidak ada kemudahan perubatan, dan tidak banyak harapan untuk masa depan.

“Sekolah yang saya pergi ke tidak mempunyai tingkap kaca, tiada seorang pun daripada kami memakai kasut, keluarga terpaksa kerja keras untuk membeli barang keperluan.

“Saya rasa saya ingin melihat dunia di mana anak-anak mempunyai peluang yang sama dan tidak dirampas masa depan mereka dengan kemiskinan, seperti begitu banyak kawan-kawan saya di kampung itu,” kata Chris.

Sungguh unik apabila seseorang sanggup berkorban wang ringgit untuk orang yang langsung tiada pertalian darah dengannya semata-mata untuk memastikan pendidikannya terbela.

Dalam satu dokumentari khas, A Small Act, Chris akhirnya dipertemukan dengan Hilde.Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana yang penuh emosi.

Lebih tersentuh, Chris membawa Hilde ke Kenya, dan bekas guru wanita itu disambut dengan penuh penghormatan di kampungnya.

Pada hari ulang tahunnya yang ke-85, Chris memberi Hilde sehelai baju yang bertulis  ‘Harvard Mom’ sebagai menghargai jasa wanita itu. - BRADARONSON

Hilde Back , Chris Mburu , HBEF , Kenya

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini