suria

Dari pereka grafik kini pelukis sepenuh masa, uniknya jejaka Filipina ini beri lukisan percuma sebab mahu lihat orang senyum

Bren terkenal dengan jolokan 'The Smile Artist' merupakan seorang artis yang menggunakan lukisannya untuk menyebarkan aura positif melalui senyuman. Kredit Foto BREN BATACLAN

SENYUM, satu perbuatan yang mungkin dilihat sekadar satu ekspresi muka semata-mata.

Namun tidak bagi Bren Bataclan. Lelaki ini merupakan seorang pelukis dan menggunakan hasil karyanya untuk menyebarkan aura positif melalui senyuman.

Lukisan yang dihasilkannya akan ditinggalkan di tempat-tempat awam, dengan satu nota yang tertulis “Lukisan ini adalah milikmu jika anda berjanji untuk lebih kerap tersenyum.”

ARTIKEL BERKAITAN: Dilahirkan cacat, namun kanak-kanak 11 tahun ini tak pernah terfikir nak sembunyikan wajahnya kepada dunia 

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dihalau kerana disangka jual barang, kini pensyarah kelulusan PhD ini bukti dirinya OKU 'rare' – “Jangan tak tahu saya suka melancong” 

Sebetulnya, Bren yang berasal dari Filipina tidak menyangka akan bergelar pelukis sepenuh masa.

Sebelum ini, Bren merupakan tenaga pengajar di Universiti of Massachusetts Amherst di Amerika Syarikat dalam jurusan reka cipta dan animasi komputer.

Bren gemar menghasilkan lukisan watak-watak kartun.

Ketika ledakan teknologi melanda dunia pada penghujung 90-an, Bren merupakan seorang pereka grafik yang berjaya.

Bagaimanapun, ketika ekonomi dunia menjunam pada 2000, Bren kehilangan pekerjaan dan daripada seorang pereka grafik berjaya, dia menjadi berstatus penganggur.

Dan sejak saat inilah perjalanannya sebagai seorang pelukis bermula.

Ketika menganggur, Bren berhempas pulas melakukan pekerjaan untuk menyara kehidupannya, termasuklah melukis.

Dia kemudian cuba menghasilkan lukisan ‘doodle’ watak-watak kartun yang diinspirasi ketika zaman kanak-kanaknya.

Antara karya Bren.

Tanpa disangka,  daripada 56 lukisan yang dihasilkannya, sebanyak 49 lukisannya terjual di Cambridge Open Studios pada 2003.

Sejak itu, bagi membalas jasa dan sokongan orang ramai terhadapnya, Bren mula serius memulakan projek seni jalanannya dengan meninggalkan karyanya di tempat-tempat awam.

Setiap lukisan itu akan disertai dengan nota tertulis "lukisan ini adalah milikmu jika anda berjanji untuk lebih kerap tersenyum."

Projek ‘Senyum’ Bren kemudian mula mendapat perhatian akhbar dan media tempatan, dan secara perlahan-lahan, dia mula diberikan projek dari syarikat perniagaan, hospital dan juga sekolah.

“Perlahan-lahan, projek jalanan ini membawa saya menjadi seorang pelukis sepenuh masa.

Salah satu lukisan yang dihasilkan Bren Bataclan.

“Kini, kira-kira 16 tahun berlalu, namun tiada perubahan dan saya sangat menyukai pekerjaan ini,” katanya.

Bren sudah memberikan hampir 3,000 lukisan kepada lebih 70 negara.

Malah, sebuah buku teks diterbitkan sebagai penghargaan kepada projek Bren, yang bertajuk The Smile Artist.

Bren pernah diundang dalam CBS Evening News with Katie Couric di samping dipaparkan di media tempatan antaranya The Smithsonian Magazine, The Boston Globe, Boston Magazine, The Washington Post, The Chicago Tribune, The Detroit Free Press, The San Francisco Chronicle dan terbaharu, PRI's The World. - Bradaronson

Artikel Lain