suria

Hari-hari makan sedap tapi susah nak membuang? Ini 5 menu kampung ‘vibes’ T20 bantu legakan sembelit

Terdapat pelbagai jenis menu sedap boleh membantu mengatasi masalah sembelit. -Gambar hiasan AI

RAMAI antara kita menikmati makanan sedap setiap hari tetapi sayangnya mengalami masalah sembelit.

Keadaan ini biasanya berpunca daripada pengambilan serat dan air yang tidak mencukupi.

Berikut lima pilihan makanan berkonsepkan kampung vibes T20 yang boleh membantu melancarkan pembuangan dengan cara yang lebih sihat dan tetap tampil classy mengikut Public Health Malaysia (PHM).

1. Kerabu pucuk paku digandingkan dengan mangga muda

Tinggi serat, rangup dan rasa masam yang merangsang pergerakan usus.

2. Ulam pucuk kaduk bersama tempe panggang

Gabungan serat dan prebiotik semula jadi yang membantu pergerakan usus lebih teratur.

3. Sup tulang merah versi 'clean' ditambah daun bawang dan lobak

Sup jernih berasaskan sayur yang membekalkan air dan serat untuk rasa perut lebih ringan.

4. Nangka madu (portion kecil)

Buah berserat tinggi yang perlu diambil sederhana kerana boleh menyebabkan kembung pada sesetengah individu.

5. Ubi keledek ungu kukus digabungkan dengan kelapa parut

Sumber serat dengan sedikit lemak baik untuk membantu najis tidak terlalu keras.

PHM menegaskan bahawa peningkatan pengambilan serat mesti disertakan dengan pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan 'kesesakan' dalam usus. 

Mereka yang mengalami sembelit berulang atau mempunyai simptom seperti sakit perut kuat, darah atau penurunan berat badan disaran mendapatkan penilaian profesional di klinik.

Artikel Lain