suria

Doktor saran anak-anak mandi hujan, latih tubuh lawan penyakit... Paling elok waktu tengah lebat

Aktiviti mandi hujan boleh melatih tubuh kanak-kanak untuk melawan penyakit. -Gambar hiasan

AKTIVITI mandi hujan ternyata mempunyai manfaat dalam melatih kekebalan tubuh sehingga tidak mudah terkena selsema.

Menurut Pakar Perubatan Paru-Paru dan Pernafasan, Dr Gatut Priyonugroho, virus yang mengakibatkan selsema tidak aktif ketika hujan.

"Virus pernafasan cenderung lebih aktif ketika berada dalam udara yang kering.

"Ketika hujan, kelembapan udara boleh mencapai hingga 99 peratus.

"Ia menjadikan virus selsema di udara tidak aktif," ujarnya ketika ditemui media di Jakarta, Indonesia pada Selasa.

Saranan kepada ibu bapa

Apabila tubuh terdedah kepada virus pernafasan yang tidak aktif, ia diibaratkan seperti diberi vaksin.

Tubuh boleh mengenali virus tersebut dan bersedia memberikan tindak balas pantas apabila virus selsema aktif menyerang.

Children looking for porn sites on tablet.

Kanak-kanak juga boleh jatuh sakit jika sentiasa dibiarkan terkurung di rumah. -Gambar hiasan

Jadi, Dr Gatut menyarankan kanak-kanak diperkenalkan kepada aktiviti mandi hujan sebagai cara meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

"Kanak-kanak, walaupun hanya berada di rumah, tetap boleh jatuh sakit. Jadi, tidak salah untuk membiarkan mereka mandi hujan sekali gus melatih daya tahan tubuh," katanya.

Walau bagaimanapun, Dr Gatut menegaskan pengenalan kepada air hujan ini perlu dilakukan secara berperingkat.

Ibu bapa harus bijak mengenal pasti waktu yang sesuai untuk anak berhenti mandi hujan.

Beberapa kajian menunjukkan pendedahan kepada cuaca sejuk sederhana, seperti air hujan, dapat meningkatkan jumlah sel darah putih dalam tubuh, sekali gus membantu melawan jangkitan.

Namun begitu, air hujan di kawasan bandar mungkin mengandungi bahan pencemar atau kuman berbahaya, terutama sekali hujan pertama selepas musim kemarau panjang.

Oleh itu, penting untuk memilih persekitaran yang bersih sebelum membiarkan anak mandi hujan.

"Sebaiknya, elakkan mandi hujan semasa baru gerimis. Tunggu sehingga hujan menjadi lebat," pesannya lagi.

Untuk rekod, Dr Gatut bertugas di Eka Hospital Depok, Jawa Barat, Indonesia.- Agensi

Artikel Lain