suria

Sedap, kaya vitamin C... Ketahui bagaimana limau mandarin baik untuk perokok

Limau mandarin baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi vitamin C. -Gambar hiasan

MENJELANG sambutan Tahun Baharu Cina, buah limau mandarin dilihat mula dijual di serata lokasi.

Bukan sahaja menjadi simbolik perayaan itu, limau ini turut mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Sebiji limau mandarin boleh memberikan kira-kira sepertiga daripada keperluan harian vitamin C seseorang.

Namun harus diingat, proses memasak boleh menjejaskan vitamin C, jadi cara terbaik untuk mendapatkan manfaat maksimum adalah dengan makan secara mentah.

Sesetengah orang juga mungkin berisiko mengalami kekurangan vitamin C.

Kumpulan ini termasuk perokok, individu dengan masalah penyerapan nutrien dan penyakit kronik, serta mereka yang mempunyai variasi makanan yang terhad.

Jadi, menambah limau mandarin dalam diet harian adalah cara mudah untuk mengambil vitamin C yang bermanfaat.

Selain menjadi sumber yang baik untuk vitamin C, limau mandarin juga mengandungi sebatian tumbuhan aktif yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan.

buah 1

Buah inilah yang dinanti-nanti setiap kali tibanya sambutan Tahun Baharu Cina.

Manfaat Kesihatan

Satu kajian pada tahun 2015 mencadangkan fitokimia dan sebatian aktif dalam buah sitrus mempunyai manfaat kesihatan berikut:

- Anti-oksidan

- Anti-radang

- Anti-kanser

- Perlindungan kardiovaskular

- Perlindungan neuro

Kajian yang sama menyatakan amalan perubatan tradisional di negara-negara Asia, termasuk China, Jepun, dan Korea, menghargai buah sitrus untuk merawat keadaan-keadaan berikut:

- Masalah pencernaan

- Batuk

- Keradangan kulit

- Sakit otot

- Kurap

- Tekanan darah tinggi

Artikel Lain