suria

Awas! Jangan simpan ubat dekat ketuhar, TV atau peti sejuk

Kualiti ubat boleh terjejas jika disimpan di tempat salah. -Gambar hiasan

KUALITI ubat ubatan boleh terjejas jika ia disimpan berdekatan dengan peralatan elektronik.

Ketua Umum Persatuan Ahli Farmasi Indonesia (PAFI), Mozes Wambrauw Simbiak berkata, ramai yang menyimpan ubat berhampiran ketuhar gelombang mikro, televisyen, dan peti sejuk.

Jelasnya, pendedahan kepada suhu panas dan radiasi elektromagnetik daripada peralatan elektronik boleh merosakkan kestabilan ubat.

“Peralatan tersebut mampu menghasilkan haba atau radiasi yang boleh mempengaruhi kandungan ubat,” ujar Mozes.

Mozes menjelaskan ubat-ubatan tertentu sangat sensitif terhadap perubahan suhu, terutamanya yang berbentuk cecair atau memerlukan syarat penyimpanan khas.

Peralatan elektronik boleh menghasilkan suhu panas yang mampu menyebabkan bahan aktif dalam ubat menjadi tidak stabil.

story of on the low medicine drug supply chain. —AZHAR MAHFOF/The Star

Orang ramai disaran agar menyimpan ubat di tempat yang selamat. -Gambar hiasan

“Akibatnya, ubat boleh kehilangan keberkesanannya atau berubah menjadi sebatian yang berbahaya untuk tubuh,” tambahnya.

Mozes turut menekankan bahaya radiasi elektromagnetik yang sering diabaikan.

Walaupun tidak dapat dilihat secara langsung, radiasi boleh mempengaruhi struktur molekul ubat, terutama jika disimpan dalam tempoh yang lama.

“Ubat-ubatan seperti antibiotik, vitamin, atau insulin sangat sensitif terhadap persekitaran. Jika disimpan tidak mengikut arahan, keberkesanannya boleh menurun dengan ketara,” kata Mozes.

Bagi mengelakkan risiko tersebut, Mozes menyarankan masyarakat supaya menyimpan ubat mengikut arahan pada pembungkusan atau nasihat ahli farmasi.

Menurutnya, ubat perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering, jauh daripada pendedahan cahaya matahari langsung dan sumber haba.

“Memiliki tempat penyimpanan khas untuk ubat di rumah adalah sangat penting. Elakkan menyimpan ubat di dapur, berhampiran peralatan elektronik, atau di tempat yang lembap,” katanya. - Agensi.

Artikel Lain