suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cheese leleh makanan tiada manfaat, zero nutrisi... Rasa sedap hanya undang banyak risiko kesihatan

Kalori tambahan dalam cheese leleh boleh menggalakkan kegemukan dan penyakit kronik. -Gambar hiasan

APA sahaja menu yang sedang tular, pasti ramai pelanggan sangup beratur panjang untuk membeli.

Namun yang peliknya di Malaysia, banyak menu tular sering dihidangkan bersama keju cair atau cheese leleh.

Menurut laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia, cheese leleh bukanlah keju sebenar yang mengandungi nutrisi seperti protein, kalsium, dan vitamin penting.

Sebaliknya, cheese leleh adalah gabungan bahan yang rendah khasiat tetapi tinggi risiko berikut:

1. Maltodextrin: Bahan pemanis yang menambah kalori tanpa manfaat kesihatan.

2. Gula dan garam berlebihan: Menyumbang kepada risiko diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.

3. Kalori tambahan: Menggalakkan kegemukan yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

4. Zero nutrisi: Tiada manfaat seperti keju asli, hanya rasa yang menipu.

Kesimpulannya, kesedapan cheese leleh adalah perangkap makanan yang menjejaskan kesihatan anda dalam jangka masa panjang.

Fikirkan, adakah rasa sebentar itu berbaloi dengan risiko kesihatan anda?

Artikel Lain