suria

Kena picit sikit elak ‘game’ tamat awal... Ini cara cegah ejakulasi pramatang

x (50)

JIKA tidak dirawat, masalah ejakulasi pramatang sudah pasti boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga antara suami dan isteri.

Namun mungkin ramai lelaki yang ego dan tidak mahu mendapatkan rawatan sehingga masalah itu berlarutan dalam tempoh yang lama.

Menerusi perkongsian di laman sesawang Him Clinic, Dr Ahmad Samhan Awang berkata terdapat lima teknik yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah itu.

1. Amalkan teknik relaksasi

Teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, yoga atau meditasi boleh membantu mengurangkan kebimbangan dan tekanan yang boleh menyumbang kepada ejakulasi pramatang.

2. Gunakan teknik picit

Teknik picit melibatkan perbuatan memicit pangkal zakar selama beberapa saat apabila anda terasa seperti ingin terpancut dan hentikan dayungan untuk beberapa saat.

Teknik ini boleh membantu melambatkan ejakulasi dan meningkatkan stamina seksual.

x (50)

Masalah lemah syahwat boleh menjejaskan keyakinan lelaki. -Gambar hiasan

3. Gunakan produk desensitisasi

Beberapa produk desensitisasi yang dijual bebas seperti krim atau semburan boleh membantu mengurangkan sensitiviti dan memanjangkan aktiviti seksual.

4. Cuba posisi yang berbeza

Bereksperimen dengan posisi seksual berbeza boleh membantu anda mencari posisi yang membuatkan anda bertahan lebih lama.

Sesetengah posisi mungkin kurang merangsang dan membolehkan anda mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap ejakulasi.

5. Dapatkan terapi

Bekerjasama dengan ahli terapi seks atau kaunselor boleh membantu anda menangani sebarang faktor psikologi yang mungkin menyumbang kepada ejakulasi pramatang.

Terapi juga boleh membantu anda membangunkan teknik untuk meningkatkan prestasi seksual dan meningkatkan keintiman dalam hubungan anda.

Artikel Lain