BANYAK tip kurus dikongsikan di media sosial, namun kaedah manakah yang paling efektif untuk menurunkan berat badan anda?
Menurut Dr Asyraf Sam, 30, dia hanya memberi fokus terhadap tiga perkara yang membolehkan beratnya berkurang daripada 98 kilogram (kg) kepada 83 kg.
1. Berpuasa - Boleh lakukan intermittent fasting (puasa berselang) atau puasa sunat.
2. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein - Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam dan daging.
3. Strength training - Lakukan senaman untuk bina otot seperti angkat berat, boleh rujuk video contoh di YouTube.
Bercakap kepada mStar, doktor perubatan yang bertugas di Kota Kinabalu, Sabah ini mengakui pernah melakukan teknik yang kurang betul untuk menurukan beratnya.
"Saya berjalan dekat luar setiap petang, lepas tu saya kurangkan portion makan. Tapi saya makan macam biasa waktu pagi, tengah hari dan malam.
"Memang ada penurunan tapi berat naik balik. Proses itu membuatkan saya stres sebab kena berjalan dan kurangkan makanan.
Dr Asyraf banyak berkongsi tip menerusi aplikasi TikTok.
"Jadi pada tahun lepas, saya fokus tiga perkara saja iaitu berpuasa, lebihkan protein dan strenght training" ujarnya.
Menurut Dr Asyraf lagi, individu yang mahu menurukan berat badan juga perlu memiliki motivasi untuk meneruskan usaha mereka.
"Kena tahu, proses ini adalah satu perjalanan yang ada naik turunnya. Saya pun lalui benda sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut gemuk sebab makan malam? Cuba 4 tip ini agar anda tak perlu berlapar masa tidur, badan kekal langsing
"Ada masa berat naik, tapi yang paling penting, kita kena kekalkan gaya hidup sihat. Berat anda pasti boleh turun juga.
"Saya juga beli penimbang berat yang kita boleh monitor melalui telefon. Jadi, ia boleh memberi motivasi untuk kita kurus," katanya.
Dr Asyraf juga sempat menitipkan pesan kepada mereka yang sedang dalam misi diet untuk kurus menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
"Kurus ke tidak saya tak pasti tapi berat memang boleh turun kalau ikut cara saya buat, baju boleh jadi longgar.
"Yang penting tekankan tiga aspek yang saya kongsi. Kalau boleh, jangan target untuk kurus saja, tapi kena target untuk sihat juga," katanya.
Untuk rekod, Dr Asyraf banyak berkongsi mengenai tip kurus, puasa dan senaman menerusi aplikasi TikTok.