suria

Risau mandul sebab gemuk, suami 200kg berjaya kurus dengan diet karnivor! Terkejut perubahan bulan pertama

Diet karnivor bergantung sepenuhnya kepada daging dan produk haiwan sebagai menu utama. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda dari Amerika Syarikat (AS) nekad untuk menguruskan badan kerana bimbang masalah itu akan menjejaskan kesuburannya.

Menurut Isaiah Caldwell, 28, usaha untuk menguruskan badan bermula selepas dia berkahwin dan cuba untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut doktor, masalah berat badan Caldwell boleh memberi kesan kepada kesuburannya, sekali gus menyukarkan usaha untuk mengembangkan keluarga.

Caldwell yang memiliki berat badan 196 kilogram (kg) mengamalkan diet karnivor sehingga berjaya menurunkan 95kg dalam masa dua tahun, lapor NY Post.

Menurut jurujual itu, diet karnivor yang diamalkannya hanya terdiri daripada masakan berasaskan daging, telur dan produk tenusu.

Pada permulaan transformasinya, Caldwell berkata dia terkejut apabila berjaya menurunkan 9kg dalam masa sebulan dia mengamalkan diet itu.

diet2

Dua tahun mengamalkan diet karnivor, Caldwell berjaya menghilangkan 95 kg.

Hasil memberangsangkan itu menyebabkan dia kekal dengan cara diet berkenaan selama dua tahun.

"Kalau orang lain rasa tak boleh buat, saya pun rasa benda sama pada awalnya. Tapi percayalah, semua orang mampu untuk lakukannya.

"Kini saya memiliki bentuk tubuh yang baik dan teruja untuk mencuba mendapatkan cahaya mata dengan pasangan saya," ujarnya.

Apa itu diet karnivor?

Memetik Wollipop, diet karnivor adalah diet yang bergantung sepenuhnya kepada daging dan produk haiwan sebagai menu utama. Diet ini sangat ketat dan mungkin tidak sihat untuk jangka masa panjang.

Ini kerana diet karnivor menghilangkan semua kategori makanan kecuali daging dan produk haiwan. Oleh itu, anda akan kekurangan banyak nutrien seperti serat, sarat dengan garam dan lemak, dan sukar untuk bertahan dalam jangka panjang.

Shawn Baker, seorang doktor ortopedik Amerika, adalah salah seorang ahli diet karnivor yang paling terkenal.

Menurutnya, diet karnivor boleh merawat kemurungan, keresahan, arthritis, obesiti, diabetes, dan lain-lain.

Bagaimanapun, tiada kajian yang telah menganalisis kesan diet karnivor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain