suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sangka bekas blender kekuningan boleh jernih semula! Guna 3 bahan, tak susah pun nak cuci

Bekas pengisar akan tinggalkan kesan kekuningan selepas lama digunakan.

PENGISAR atau blender merupakan alat elektronik yang sangat diperlukan di dapur untuk memudahkan kerja-kerja memasak.

Namun selepas digunakan untuk tempoh tertentu, warna kekuningan mula kelihatan pada bekas pengisar dan tidak boleh dihilangkan walau sudah puas disental.

Warna kuning tersebut akan lebih jelas sekiranya anda kerap mengisar cili dan kunyit.

Jangan risau, melalui perkongsian Norbaya Dahalan di laman TikTok, diajarkan cara untuk menghapuskan kesan kekuningan pada bekas pengisar.

Petua yang dikongsikan Norbaya Dahalan.

Bahan-bahan:

1) Serbuk penaik

2) Cuka makan

3) Cecair pencuci pinggan

Langkah-langkah:

1) Masukkan ketiga-tiga bahan ke dalam bekas pengisar dengan kuantiti bersesuaian mengikut saiz pengisar anda.

2) Kemudian, kisar selama satu hingga dua minit.

3) Buang campuran cecair yang dikisar tadi dan bilas bekas pengisar. Alat pengisar anda dijamin kelihatan bersih dan kesemua kesan kekuningan akan lesap.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain