suria

Dapur gas meragam? Jangan terburu tukar baharu, anda mungkin terlepas pandang satu perkara penting ini

Bahagian penting di dalam dapur gas. -Gambar hiasan (kiri)

PERNAH tak berlaku situasi anda sedang bersemangat untuk memasak tetapi tiba-tiba dapur gas meragam dan api tak menyala?

Pastinya rosak mood! Anda akan tertanya-tanya apakah masalahnya, dalam fikiran pasti sudah terdetik untuk membeli dapur baharu.

Jangan kelam-kabut, periksa dulu agar anda tak bazir duit untuk sesuatu yang tidak sepatutnya dibeli.

Mari ikuti perkongsian Zulkefley Abu Bakar di laman Facebook tentang punca kepada permasalahan ini. Rupaya ramai yang terlepas pandang!

Petua untuk menyelesaikan masalah dapur gas.

Pemetik api

Dapur gas jenis kaca di rumah sebenarnya didatangkan dengan pemetik api di dalamnya yang dikuasakan oleh sel kering atau bateri.

Pemetik api ini berfungsi untuk menyalakan dapur gas ketika dipulas.

Namun, setelah dapur gas digunakan untuk beberapa tahun, pemetik api tersebut akan kehabisan bateri dan perlu diganti.

Slot bateri untuk pemetik api tersebut terletak di bahagian bawah dapur gas. Rujuk gambar di atas.

Tukar sahaja dengan bateri baharu dan pemetik api tersebut akan berfungsi kembali seperti biasa. Selesai masalah.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain