suria

Almari berserabut, susah nak cari baju sebab anda tak pernah ‘declutter’ pakaian! Cuba ikut tip ini

Proses ini akan memberi ruang ekstra di kediaman, malah pakaian juga lebih mudah dicari. -Gambar TikTok Rohayu Taha

RAMAI pencipta kandungan gaya hidup (lifestyle) pernah berkongsi tentang aktiviti 'decluttering' menerusi media sosial mereka.

'Decluttering' atau 'declutter' bermaksud aktiviti mengalih keluar benda-benda yang anda tidak perlukan dari sesuatu tempat untuk kehidupan lebih menyenangkan dan berguna.

Secara ringkasnya, proses ini memerlukan anda untuk membuang barangan seperti pakaian yang sudah tidak digunakan bagi mengosongkan ruang sama ada di bilik atau kediaman.

Berikut merupakan cara 'decluttering' yang dikongsi oleh pelayar TikTok Rohayu Taha, namun anda juga boleh menyesuaikan proses ini mengikut cara dan keselesaan masing-masing.

Cara-cara:

1. Asingkan pakaian mengikut kegunaan seperti baju untuk malam, siang, baju untuk kerja atau untuk jalan-jalan.

2. Asingkan baju yang sudah tidak boleh dipakai atau yang sudah lama tidak dipakai. Meskipun sayang, asingkan saja baju yang sudah tidak dipakai melebihi tempoh enam bulan ke dalam kotak/plastik dan simpan di dalam stor, dibuang atau diberi kepada yang memerlukan.

pakaian1

Sebaiknya buang sahaja baju yang sudah lama tidak dipakai. -Gambar TikTok Sabrinawrdn

3. Paling penting, tinggalkan pakaian yang hendak dipakai sahaja di dalam almari.

4. Susun baju agar mudah untuk dicari, dilihat dan diambil. Biar praktikal dan kemas. Kalau suka gantung menggunakan penyangkut baju, gantunglah mengikut kategori seperti langkah pertama. Anda juga boleh membuat susunan mengikut warna.

5. Kalau suka sistem penyimpanan dalam kotak/laci, asingkan juga pakaian mengikut kategori agar lebih mudah untuk dicari.

Dengan proses ini, pakaian akan lebih mudah dicari, malah ia juga boleh memberi ruang ekstra dalam almari anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain