suria

Celik mata terus cari kopi... Doktor minta elak, kena tunggu 45 minit sebelum hirup kafein

Ramai rakyat Malaysia gemar memulakan hari mereka dengan secawan kopi. -Gambar hiasan

MINUM secawan kopi pada waktu pagi adalah ritual bagi ramai orang, tetapi pernahkah anda terfikir adakah amalan itu baik untuk kesihatan diri?

Menurut pakar, membancuh secawan kopi sebaik sahaja bangun daripada tidur mungkin tidak memberikan anda rangsangan tenaga terbesar sepanjang hari.

Menurut Dr Deborah Lee, seorang doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK), minum kopi pada waktu pagi mungkin bukan pilihan terbaik untuk memulakan hari anda.

"Apabila anda bangun, tahap hormon stres kortisol berada pada kemuncaknya. Ia merupakan hormon yang meningkatkan kewaspadaan dan tumpuan, serta mengawal metabolisme dan tindak balas sistem imun anda.

"Tahap kortisol yang tinggi boleh memberi kesan kepada sistem imun anda, dan jika ia sudah mencapai tahap kemuncaknya apabila bangun daripada tidur, minum kopi sebaik sahaja mata anda terbuka boleh mendatangkan lebih bahaya daripada kebaikan.

"Malah boleh menjadikan anda kebal terhadap kafein dalam tempoh yang lama," ujar Lee.

Barista seen preparing  coffee for guest. — YAP CHEE HONG/The Star

Ramai beranggapan mereka lebih 'segar' selepas menghirup kopi pada waktu pagi. -Gambar hiasan

Lee mencadangkan masa terbaik untuk mengambil kafein ialah sekurang-kurangnya 45 minit selepas bangun tidur, apabila rentak kortisol mula menurun.

"Masa terbaik untuk minum kopi lazimnya ialah pertengahan hingga lewat pagi apabila kortisol anda jauh lebih rendah dan anda mula merasakan kemerosotan tenaga itu.

"Tetapi sudah tentu, tidak terlalu lewat pada waktu petang - kerana ia boleh menjejaskan tidur anda," jelasnya lagi.

Pendapat berbeza

Bagaimanapun Dr. Wendy Troxel, pakar tidur yang berpangkalan di Utah dan saintis tingkah laku kanan di RAND Corporation mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara itu.

Menangguhkan kafein mungkin sebenarnya tidak membawa perubahan, katanya kepada Fox News Digital.

"Benar-benar tiada bukti saintifik bahawa mengambil kafein sebagai perkara pertama pada waktu pagi berbanding melambatkannya selama beberapa jam selepas bangun mempunyai sebarang kesan berbeza terhadap kewaspadaan," katanya. - NY Post.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain