suria

2 tahun tak berjalan jauh, terpaksa pula hadap kesesakan trafik... Cuba 7 tip ini elak mabuk dalam perjalanan

Pasti semua orang tidak sabar untuk pulang ke kampung sempena menyambut lebaran.

PULANG ke kampung halaman sudah menjadi tradisi yang sering dilakukan ketika menjelang hari raya.

Suasana akan menjadi lebih meriah pada tahun ini setelah dua tahun berkurung di rumah setiap kali tibanya lebaran.

Namun, perjalanan jauh untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri kali ini akan membuatkan anak-anak kecil mengalami mabuk. Jadi, bagaimana untuk mengelak perkara sebegini berlaku?

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman boleh jadi bukti di mahkamah, patutkah dashcam diwajibkan pada semua kenderaan?

Memetik dari Cleveland Clinic, mabuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak, warga emas atau dewasa. Tetapi, anak-anak yang berumur 2-12 tahun akan menjadi lebih berisiko mengalami keadaan ini.

Mabuk (motion sickness) terjadi ketika otak menerima isyarat dari bahagian badan yang merasakan gerakan seperti mata, telinga, bahagian dalaman, otot, dan sendi.

Ketika badan merasakan gerakan mengirim informasi yang bertentangan dengan keadaan badan, otak tidak mengetahui apakah badan diam atau bergerak. Reaksi keliru ini akan menyebabkan otak rasa mual hingga muntah.

Berikut adalah tip mencegah mabuk kepada anak ketika perjalanan yang jauh.

multimac-child-car-seat_175231-f2e15f2

1. Duduk di barisan hadapan atau tengah

Posisi duduk yang paling tenang dari serangan mabuk bagi anak di dalam kenderaan adalah di barisan hadapan dan tengah.

Jika perjalanan pulang ke kampung menaiki pesawat, biasanya anak kecil akan mendapat tempat duduk di bahagian tengah pesawat.

Gegaran biasanya tidak terasa terlalu kuat ketika duduk di posisi ini.

Untuk mengelak kejadian mual-mual pada anak anda, elakkan mereka mengambil posisi hujung.

800

2. Melihat ke hadapan

Dalam perjalanan di darat, cuba untuk buat anak anda melihat ke bahagian hadapan. Hal ini menjadi salah satu tip agar anak anda tidak mabuk semasa dalam perjalanan.

Anak juga disarankan tidak melihat benda-benda yang bergerak dengan cepat seperti kenderaan lain yang laju di sekitar kenderaan anda.

Refleks mata yang mengikuti benda bergerak terlalu lama dapat membangkitkan rasa mual kepada anak anda.

3. Hindari makanan berat dan minuman bergas

Sebelum bertolak hindari mengambil makanan yang terlalu berat atau minuman bersoda. Makanan dan minuman tersebut dapat mengganggu pencernaan anak.

Anak perlu mengambil makanan ringan yang tidak mengandungi banyak lemak jika berasa lapar. Air juga boleh menjadi pilihan yang paling bagus sewaktu dahaga.

614eb306270446438cb979c9c12d1899

4. Elak baca buku atau bermain telefon

Mata akan terasa letih jika melihat objek dari jarak dekat tambahan dalam keadaan yang bergoncang sewaktu dalam perjalanan.

Keadaan mata yang letih akibat membaca buku atau bermain telefon dapat menimbulkan rasa mual.

5. Pastikan aliran udara yang baik

Aliran udara yang baik dapat mengurangkan rasa mual sewaktu berada dalam perjalanan jauh. Anda harus membuka tingkap kenderaan selama beberapa saat agar berlakunya pertukaran angin.

Semasa anak mula rasa mual, anda boleh menggunakan minyak aroma terapi. Namun, aroma yang terlalu menyengat harus dihindari kerana dapat membuatkan anak rasa ingin muntah.

xc90_on_road1-105980crop081978254403resize1500844autoorientbackground23ffffffquality90stripextensionjpgid8

6. Kepantasan menstabilkan kenderaan

Saat pulang ke kampung dengan kenderaan peribadi, cuba untuk lajukan kenderaan dengan kelajuan yang stabil. Kenderaan yang terlalu laju akan menyebabkan goncangan yang kuat sehingga merasa mual.

Anda juga boleh berhenti untuk beristirehat selama 10 ke 15 minit jika anak mula rasa mual. Dengan mengambil masa untuk berehat dan mendapatkan udara yang segar, setidaknya badan menjadi lebih tenang untuk meneruskan perjalanan yang masih lagi panjang.

AdobeStock_289680322-scaled-1210x700

7. Mengambil ubat mual

Tip yang terakhir untuk mengelak ras mual dalam perjalanan yang panjang adalah mengambil ubat mual.

Beberapa kanak-kanak sudah terbiasa mengambil ubat mual terlebih dahulu sebelum bertolak menaiki kenderaan.

Ubat mual dinasihatkan untuk diambil 30 minit hingga satu jam sebelum memulakan perjalanan.

Walaupun ubat mual ini boleh dibeli secara bebas, anda disarankan berunding terlebih dahulu dengan doktor sebelum memberikan kepada anak anda.

Hal ini untuk mencegah perkara lebih buruk terjadi kepada anak anda seperti alahan kepada ubat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain