suria

Nama Amber Heard menjadi bualan lagi... Apa punca wujud ‘toxic relationship’ sampai bertindak luar kawalan?

Amber Heard dan Johnny Depp dikatakan menghadapi toxic relationship sebelum bercerai

KETIKA ini nama pelakon Amber Heard menjadi bualan hangat apabila sikap buruknya terbongkar di dalam mahkamah apabila pelbagai bukti menunjukkan dia mendera bekas suaminya, aktor Johnny Depp ketika mereka berkahwin.

Namun sebelum ini, Amber mendakwa dia menjadi mangsa dera pelakon itu sehingga mengalami kecederaan dan memutuskan untuk bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendedahan Amber itu telah menyebabkan Johnny dibenci dan dipulau oleh rakan-rakan malah namanya digugurkan daripada membintangi filem terbaharu The Pirates of Carribien dan beberapa naskah lain.

Berang dengan keadaan itu, Johnny memfailkan saman terhadap bekas isterinya itu atas tuduhan memfitnah dan pelbagai perkara terbongkar mengenai sikap Amber.

Aktres itu dikatakan menderita masalah kecelaruan identiti iaitu Boderline Personality Disorder (BPD) dan Histrionic Personality Disorder (HPD).

Perkara itu disahkan oleh pakar psikologi forensik California, Dr Shannon Curry dalam salah satu perbicaraan kes itu baru-baru ini.

Ketika memberi kenyataan kepada mahkamah, Dr Shannon memberitahu diagnosis ini dibuat berdasarkan kajian dan temubual bersama Amber selama 12 jam malah ketika ini kesihatan mentalnya masih lagi dibawah pemantaun pakar.

Tentang BPD

Mengenai BPD yang dialami Amber, ia adalah sejenis masalah mental yang memberi kesan terhadap cara pemikiran tentang diri sendiri dan orang di sekeliling secara berterusan.

Individu yang mengalami masalah ini sukar mengawal emosi dan tingkah laku mereka selain ketidakstabilan dalam hubungan.

Orang yang menghidap BPD juga akan melakukan pelbagai percubaan untuk mencegah hal yang ditakutinya walaupun dalam keadaan terdesak.

Mereka yang menjalinkan hubungan dengan peskait BPD sangat berisiko mengalami perubahan tingkah laku yang mana pada awalnya mereka mudah didekati tetapi boleh berubah dengan drastik termasuk mengganas.

Tentang HPD

Kecelaruan Histrionic Personality Disorder (HPD) pula merupakan tingkah laku yang gemar mencari perhatian dan emosi secara berlebihan.

Menurut Dr Curry, terdapat kaitan antara dua kecelaruan personaliti ini yang secara fizikalnya sangat menarik untuk mendapatkan perhatian. Pakar kesihatan ini turut menjelaskan artis tersebut tidak menderita Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) akibat penceraian.

Amber dan Johnny berkahwin pada 2015 sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain