suria

Jangan tunggu sakit! Ini sebab perlu kerap buat pemeriksaan mata

eye-exam-vs-vision-test

SEPANJANG dua tahun dunia dilanda pandemik Covid-19, ramai antara kita yang perlu bekerja dan belajar dari rumah dengan hanya berbekalkan gajet terutamanya komputer.

Komputer sudah menjadi keperluan penting sepanjang pandemik kerana ia bukan sahaja digunakan untuk menyelesaikan tugasan pejabat tetapi bersosial, beli-belah dalam talian dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan tak beringat sampai cirit-birit... ketahui punca sakit perut ketika berpuasa dan cara mengatasinya

Maka tidak hairan penglihatan seseorang boleh terjejas apabila menatap skrin dalam jangka masa yang lama.

Sama seperti masalah jantung, penyakit paru-paru dan kesihatan mental, mata kita juga berisiko mengalami penyakit serius seperti katarak, glaukoma, retinopati diabetes, degenerasi makula berkaitan dengan penuaan dan banyak lagi jenis gangguan penglihatan yang lain.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Tinjauan Mata Kebangsaan, 15,000 individu telah diperiksa untuk berhubung mengalami kehilangan penglihatan (buta) pada tahun 2018.

Hasilnya, 58.6% daripada mereka didiagnosis dengan katarak yang boleh dicegah jika ia dikesan lebih awal.

Malah Penyelidikan tambahan daripada Banci Mata Kebangsaan pada tahun 2014 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengenal pasti bahawa 413,000 rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas telah direkodkan mengalami beberapa jenis masalah penglihatan.

eye-exam-vs-vision-test

Kebanyakan penyakit berkaitan mata merupakan pembunuh senyap.

Selain itu daripada, 113,000 daripada mereka menghadapi buta kekal dengan 43,000 kes disebabkan oleh katarak yang mungkin boleh dicegah dengan pemeriksaan awal.

Orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas dinasihatkan supaya menjalani perundingan dengan pakar optometris dua tahun sekali untuk pemeriksaan mata yang menyeluruh.

Optometris MOG Boutique, Yoyo Foong berkata, kebanyakan penyakit berkaitan mata merupakan pembunuh senyap dan tidak boleh dirawat jika tiada tindakan segera diambil.

Yoyo berkata, biasanya bagi orang dewasa yang sihat, mereka digalakkan untuk berjumpa pakar mata sekurang-kurangnya dua tahun sekali untuk menjaga kesihatan penglihatan.

"Bagaimanapun memandangkan masa skrin kita telah meningkat secara drastik ketika pandemik dan perubahan gaya hidup, kita perlu mengambil langkah proaktif dengan melakukan pemeriksaan profesional sekurang-kurangnya setahun sekali.

Yoyo memberitahu jika seseorang memakai cermin mata atau kanta sentuh, golongan ini perlu menjadualkan pemeriksaan mata untuk menggantikan kanta cermin mata sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Beberapa faktor boleh menentukan kekerapan pemeriksaan mata termasuk umur, keadaan kesihatan semasa dan faktor genetik.

1225135966

1. Pemeriksaan mata kanak-kanak

Perkembangna visual bagi bayi akan berkembang pesat dalam tempoh enam bulan pertama dan ia akan berterusan untuk tempoh 10 tahun selepas itu.

Seawal usia tiga bulan, bayi boleh menjalani pemeriksaan mata menyeluruh untuk memastikan penglihatan mereka berkembang dengan baik dan untuk mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin berlaku.

Pada usia tiga hingga lima tahun, kanak-kanak kemudiannya boleh diperiksa oleh pakar optometris yang boleh mengenal pasti komplikasi atau sebarang penyakit penglihatan.

Selain itu, pemeriksaan mata untuk kanak-kanak bukan sahaja untuk mengesan atau mencegah penyakit mata daripada berkembang tetapi juga untuk memupuk koordinasi penglihatan mereka.

Sama seperti berjalan atau bercakap, perkembangan penglihatan ialah kemahiran yang dipelajari yang membantu dalam pelaksanaan tugas harian seperti membaca, menangkap dan membaling bola. Walau bagaimanapun, jika penglihatan kanak-kanak kurang berkembang, ia boleh menghalang kebolehan pembelajaran mereka.

shutterstock_747207076

2. Pemeriksaan mata sendiri

Ramai yang tidak dapat mengesan sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal penyakit mata dan kebanyakannya tidak menyedari bahawa usia adalah faktor utama yang mempengaruhi keadaan mata dan kesihatan penglihatan.

Penyakit berkaitan usia seperti degenerasi makula berkaitan penuaan (AMD) mungkin mula berkembang pada usia yang awal jika ia tidak dikesan atau dirawat. Oleh itu, kita perlu mengutamakan kesihatan mata dan mengambil perhatian tentang sebarang ketidakselesaan mata atau perubahan dalam penglihatan, seperti:

a. Menghadapi masalah membezakan warna;

b. Memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tahap cahaya;

c. Hilang keupayaan untuk melihat dari dekat.

Optometrist performing visual field test

3. Masalah mata dalam kalangan warga emas

Terdapat empat penyakit mata yang diketahui akan mula berkembang apabila anda memasuki usia 50 – 65 tahun: AMD, retinopati diabetes, katarak dan glaukoma.

Mereka yang berada dalam kumpulan umur ini dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan berkala dengan pakar optometris setiap tahun untuk mengekalkan keadaan mata yang baik.

Dengan risiko tinggi untuk mendapat penyakit berkaitan mata pada usia yang lebih tua, individu yang mempunyai sejarah keluarga atau keadaan kesihatan yang mungkin berpotensi menyumbang kepada penyakit mata perlu memulakan langkah berjaga-jaga mereka dengan segera.

Pemeriksaan 6-in-1 Vision Experience oleh MOG merangkumi Penilaian Kesihatan Mata gred hospital yang boleh mendedahkan potensi penyakit mata melalui penilaian retina yang boleh mengesan permulaan perkembangan Glaukoma, Retinopati Diabetes dan AMD serta pemetaan kornea.

Tidak hanya itu, penilaian kornea untuk imej terperinci bola mata anda yang boleh menunjukkan keadaan kesihatan semasa mata dan juga mengesan risiko katarak sambil berkongsi cara untuk meningkatkan kesihatan mata anda.

4. Jaga mata anda

Kesihatan mata adalah penting untuk kesihatan keseluruhan badan kita dan ia tidak boleh diabaikan. Walaupun ketiga-tiga O (Optometris, Oftalmologis dan Optician) boleh membantu anda dalam mengesan dan mencegah penyakit mata, tanggungjawab utama terletak pada diri anda untuk memastikan mata anda berada dalam keadaan sihat.

Penjagaan mata tidaklah rumit dan berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk melindungi penglihatan anda:

a. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

b. Bersenam dengan kerap

c. Pakai cermin mata hitam untuk melindungi daripada sinaran UVA/UVB

d. Elakkan merokok

e. Hanya beli kanta sentuh dari kedai optik yang boleh dipercayai

f. Rehatkan mata anda (Teknik 20-20-20: Untuk setiap 20 minit di depan skrin, lihat sesuatu 20 kaki jauhnya selama 20 saat)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain