suria

Golongan wanita paling banyak alami ‘sleep debt’, ketahui bahaya dan penyelesaiannya

Ramai wanita mengalami sleep debt tanpa disedari.

TUGAS seorang isteri dan ibu memang tidak pernah selesai apatah lagi bagi mereka yang mempunyai kerjaya dan perlu menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

Setiap hari ada sahaja perkara perlu dilakukan - memasak, mencuci pakaian, mengemas rumah, menguruskan keperluan suami dan anak-anak dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawal tekanan dan kesedihan... atau berdepan risiko alami sindrom patah hati!

Maka tidak hairan mereka akan menjadi penat dan tertekan akibat tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Mengulas mengenai perkara itu, Dr Redza Zainol memberitahu sekiranya keadaan itu berterusan ia boleh menyebabkan keadaan dipanggil sleep debt.

"Jumlah jam kita tidur ini umpama menyimpan duit dalam akaun bank. Setiap kali kita tidak dapat tidur yang cukup, 'duit' itu akan ditarik keluar daripada akaun kita.



Wanita terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab yang memenatkan.

"Kalau hari-hari tak cukup tidur, lama-kelamaan duit di dalam bank akan menjadi kosong. Pada waktu ini, barulah kita akan nampak kesan daripada kekurangan tidur yang kronik.

"Keadaan inilah yang kita panggil sebagai sleep debt," katanya menerusi perkongsian di Twitter.

Dalam pada itu, Dr Redza menjelaskan wanita berada dalam keadaan itu biasanya akan mengalami paras hormon korsitol (hormon tertekan) yang tinggi dalam darah.

Lebih tinggi paras kortisol di dalam darah, kebiasaannya seseorang akan lebih mudah menjadi pemarah, kemurungan dan ada juga kes yang ingin membunuh diri.

"Isteri yang mengalami keadaan ini sebenarnya sangat berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat tertidur semasa memandu disebabkan keletihan.



Dr Redza memberitahu sleep debt tidak boleh dipandang ringan.

"Malah dari segi perubatan, ia juga boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi serta daya imun badan menjadi lemah. Jadi sleep debt ini tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Menurut National Sleep Foundation, golongan dewasa memerlukan 7.1 jam tidur setiap malam untuk berasa cergas dan bertenaga pada keesokan harinya.

Bagaimanapun 70 peratus daripada manusia tidak mencapai jumlah itu disebabkan pelbagai faktor termasuk hakikat ramai perlu berkerja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bayangkan ada isteri bangun seawal 4.30 pagi, terus ke dapur untuk masak, basuh pinggan sambil itu sempat membasuh dan menyidai pakaian.

"Habis kerja pada waktu petang perlu ke pasar raya dan sampai rumah suami-isteri sama-sama bersilat uruskan anak-anak dan makan. Tahu-tahu dah masuk waktu Isyak tetapi rutin harian masih belum selesai," jelasnya.



Tidur lebih lama dalam tempoh sehari bukan penyelesaian.

Golongan isteri yang tidak cukup tidur katanya sedang mengumpul 'sleep debt' tanpa disedari. Ada di antara mereka berfikir tidur itu boleh diganti semula pada hujung minggu.

Bagaimanapun kata Dr Redza, kajian pada 2016 mengatakan sleep debt tidak dapat diselesaikan dengan sehari tidur dalam tempoh yang lama.

Sebaliknya, seseorang yang mengalami sleep debt memerlukan sehingga empat hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan tidur sebanyak sejam sehari.

"Suami kena hati-hati. Kita fikir kita sudah lakukan macam-macam kerja di rumah, jadi dapatlah kurangkan beban kerja isteri. Tapi kita terlupa yang isteri juga perlukan tidur mencukupi.

"Hujung minggu, ada suami yang nampak isteri macam malas sebab tidur saja. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang mengalami sleep debt yang banyak.

"Percayalah, bila isteri diberi peluang tidur yang cukup, dialah yang paling ceria dan mudah menurut kata antara semua," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain