suria

Pentingnya lindungi kemaluan... Ketahui makanan bantu jaga kesihatan faraj, wanita wajib ambil tahu!

Menjaga kesihatan faraj adalah sangat penting.

MAKANAN dan minuman ternyata boleh memberi kesan kepada kesihatan faraj wanita.

Pemakanan yang sihat dapat melindungi kemaluan daripada terkena jangkitan selain dapat memperbaiki kekebalan, pertahanannya agar ia bebas daripada sebarang masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda pernah alami kegatalan celah kangkang... apa puncanya?

Faraj mempunyai kandungan pH sekitar 4.5 dan ia membantu bakteria sihat untuk tumbuh dan mencegah kuman serta bakteria berbahaya daripada berkembang di bahagian sulit.

Beberapa bakteria baik seperti probiotik dapat membantu menyeimbangkan tahap keasidan pada bahagian itu.

Berikut beberapa jenis makanan yang boleh diamalkan untuk menjaga keseimbangan pH faraj.

1. Probiotik

Bakteria daripada spesies lactobacullus ini adalah sejenis bakteria baik yang paling dominan ditemui pada faraj yang sihat.

Kajian juga menunjukkan lactobacullus dapat memberi manfaat kepada faraj menerusi;

A. Mengatur mikroflora pada faraj

B. Meningkatkan tahap asid vagina

C. Mengelak bakteria berbahaya daripada menempel pada jaringan faraj

D. Meningkatkan kekebalan tubuh seorang wanita

Kajian pada 2016 menunjukkan bahawa pengambilan suplemen probiotik dapat mencegah pertumbuhan bakteria sekaligus menstabilkan pH faraj.

Antara makanan yang kaya dengan probiotik adalah yogurt, kimchi, kobis, tempe dan sebagainya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

2. Prebiotik

Prebiotik dapat membantu menstabilkan pH faraj dengan mendorong pertumbuhan bakteria sihat. Makanan yang kaya dengan prebiotik termasuklah daun bawang, bawang merah, asparagus, bawang putih, produk gandum, pisang dan sebagainya.

Bagaimanapun, prebiotik dapat memberi gangguan kepada sistem penghadaman seperti sembelit dan cirit-birit.

Selain probiotik dan prebiotik, terdapat cara lain yang boleh dilakukan agar kesihatan faraj sentiasa terjamin antaranya:

* Membersihkan bahagian faraj dengan sabun tanpa pewangi serta mengeringkannya dengan menyeluruh.

* Makan antibiotik yang sesuai sekiranya berlaku sebarang masalah.

* Pastikan bahagian sulit tidak berpeluh.

* Senaman teratur serta menjaga berat badan.

* Penggunaan seluar dalam sesuai terutamanya yang menyerap peluh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain