suria

Ada yang takut dengar siren ambulans? Jika jawapannya ya... anda mungkin alami gangguan fonofobia

Fonofobia adalah gangguan dimana seseorang tidak boleh mendengar bunyi yang kuat secara mengejut.

PERNAHKAH anda berasa takut dan cemas apabila mendengar siren ambulans? Perkara itu boleh disebabkan oleh gangguan fobia dikenali sebagai fonofobia.

Fonofobia adalah gangguan dimana boleh membuat seseorang berasa cemas. Bunyi yang kuat dan terjadi secara tiba-tiba boleh menyebabkan serangan kerisauan melampau (anxiety) pada individu menderita fonofobia.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda mungkin hidap misofonia jika marah dengan orang makan berbunyi... bukan telinga, barangkali mental anda bermasalah!

Ketakutan tersebut boleh disebabkan oleh tekanan dan perasaan cemas kerana ketika mendengar bunyi yang kuat secara tiba-tiba, manusia akan memberi reaksi terkejut.

Terkejut sebenarnya perkara biasa tetapi perbezaan utama kepada penderita gangguan itu akan berasa ketakutan secara berterusan dan menyebabkan dia berasa terganggu.



Siren antara bunyi yang ditakuti oleh penghidap gangguan fonofobia.

Apatah lagi sekiranya seseorang itu sedang memandu dan ambulans lalu di tepinya dengan bunyi siren yang kuat boleh menyebabkan penderita gangguan itu mengalami anxiety.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Gejala fonofobia

1. Keinginan melarikan diri

2. Ketakutan melampau terhadap bunyi

3. Berpeluh

4. Degupan jantung menjadi tidak normal

5. Berasa mual dan pening kepala

6. Serangan panik

7. Pengsan



Gangguan fonofobia boleh menyebabkan penderitanya mengalami anxiety.

Rawatan fonofobia bergantung kepada gejala dialami penderitanya. Bagaimanapun kebiasaannya rawatan yang diberikan adalah terapi dengan menempatkan pesakit dalam lingkungan yang menjadi penyebab dia berasa ketakutan.

Ini membolehkan pesakit berhadapan dengan ketakutannya selain kaunseling dapat membantu meredakan masalah dihadapi dengan bercakap tentang penyebab, ketakutan dan sebagainya.

Selain itu pesakit turut diberikan senaman otot bagi melegakan ketegangan yang berlaku pada badan akibat serangan gangguan itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain