suria

Anda mungkin hidap misofonia jika marah dengan orang makan berbunyi... bukan telinga, barangkali mental anda bermasalah!

Ada sesetengah orang yang tidak tahan mendengar bunyi orang mengunyah makanan.

PASTI ada antara kita yang rasa jengkel dan marah apabila mendengar orang makan berbunyi, mengunyah gula-gula getah atau pun menghirup air.

Bunyi tersebut boleh membuatkan emosi seseorang terganggu dan keadaan ini sebenarnya adalah tanda misofonia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tahu... ada 5 alasan kenapa soda diet tidak bagus untuk kesihatan

Misofonia adalah gangguan yang sekiranya tidak dapat dikawal dapat memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang.

Apa itu misofonia?

Misofonia adalah gangguan emosi ketika seseorang berasa tidak selesa mendengar suara-suara yang kebiasaannya tidak mengganggu orang lain.

Ketika mendengar suara seperti orang makan berbunyi, menghembuskan nafas, menguap dan sebagainya; penderita misofonia boleh menjadi tertekan.



Bunyi tersebut boleh membuatkan penderita misofonia berasa marah dan tertekan.

Lebih teruk, golongan ini boleh bertukar marah atau munculnya keinginan untuk menjauhi sumber suara itu. Misofonia biasanya muncul ketika seseorang itu berusia 12 tahun.

Namun sayangnya, ramai penghidap gangguan ini menyembunyikan keadaannya kerana malu atau merasakan gangguan yang dirasakan sebagai tidak masuk akal.

Gangguan ini boleh menjadi ringan atau parah dan respons seseorang terhadap bunyi tertentu juga berbeza.

Tanda misofonia ringan adalah; berasa gelisah, tidak selesa, keinginan menjauhkan diri daripada sumber bunyi manakala bagi penghidap gangguan berat mereka lebih mudah berasa marah, panik, takut dan berasa tertekan.

Dalam beberapa kes yang parah, penderitanya boleh mengalami serangan kebimbangan melampau (anxiety) ketika mendengar suara yang mengganggunya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kesannya, golongan ini biasanya lebih gemar makan bersendirian atau enggan bersosial kerana bimbang emosinya akan terganggu dengan bunyi-bunyi tersebut.



Gangguan ini boleh dirawat mengikut tahap dihadapi seseorang.

Penyebab misfonia

Gangguan kesihatan mental ini umumnya lebih banyak dialami oleh golongan wanita berbanding lelaki dan sehingga kini masih belum diketahui punca dan sebab ia berlaku.

Bagiamanapun, penyeldidik sepakat gangguan itu bukan berasal dari telinga tetapi ia adalah masalah mental iaitu bagaimana suara mempengaruhi otak dan memicu respons tertentu.

Salah satu kajian yang dilakukan mendapati gangguan ini muncul pada bahagian penghubung otak yang memproses rangsangan suara dan respons tekanan.

Cara mengatasi misofonia

Jika tidak diatasi, misofonia boleh menurunkan kualiti hidup dan mempengaruhi kehidupan seharian penderitanya. Namun jangan bimbang kerana gangguan itu boleh diubati.

Pesakit boleh mengikuti terapi suara bersama audiologi dan kaunseling bagi menguruskan tekanan. Selain itu, mereka boleh menggunakan alat pendengaran yang membantu mengeluarkan bunyi dan suara menenangkan. Dengan itu, fokus atau perhatian mereka menjadi lebih baik.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain